Bersih 5 Berakhir, Najib Masih Perdana Menteri, Sistem Pilihanraya Masih Sama

DEMO haram Bersih 5 yang menarik lebih kurang 18,000 orang (90% bangsa cina) berakhir sebentar tadi tanpa sebarang kejayaan yang diharapkan.  Kejayaan pun takde, kacau bilau pun takde, alhamdulillah.

(Malaysiakini dakwa 30,000 tapi gaduh pasal nombor dengan puak-puak ni hanya membuang masa).

18,000 ini termasuklah budak-budak bawah umur yang tidak tahu menahu apa-apa tentang politik.  Untuk makluman, Malaysia ada 30 juta rakyat dan hampir 15 juta pengundi, 18,000 ni tak sebanyak mana pun.

Setelah perhimpunan berakhir, Datuk Seri Najib Tun Razak masih Perdana Menteri, BN masih kerajaan dan sistem pilihanraya kita masih sama – sedar tak sedar itu jugalah sistemnya yang menghantar 88 ahli parlimen dn 229 ADUN pembangkang ke Parlimen dan DUN di seluruh negara.

Berbanding dengan Bersih 4, Bersih kali ini juga gagal menarik puluhan ribu penyokong (Mat Sabu saja kononnya nak bawa 30,000 penyokong).

Tahniah juga diucapkan kepada pihak polis – strategi mereka berjaya menghalang kacau bilau dari berlaku dalam himpunan tersebut.  Sekatan dan penutupan jalan sejak jam 7 pagi ternyata berjaya mengawal keadaan dari menjadi tidak terkawal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana