"Bantuan Soros Tak Bersyarat" - Shafie Apdal...Amboiiii Backup SOROS Plak Biasalah Orang Yang Kecewa

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dimaklumkan bahawa bantuan hartawan, George Soros terhadap segelintir badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini adalah secara tidak bersyarat.

Namun, dakwa Shafie, berbeza dengan beberapa bantuan lain yang diterima kerajaan dari luar seperti 1MDB kerana ia mempunyai syarat yang perlu dipenuhi.

"Ada orang kata bantuan Soros tak bersyarat, tapi kita tahu lain-lain kita dapat bantuan daripada luar ada syarat.

"Hutang 1MDB kena bayarlah, hutang Soros tak payah bayar," katanya dalam nada berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan campur tangan Soros membiayai beberapa NGO tertentu yang dikhuatiri boleh mengugat keselamatan negara.

Jelas Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta mengenai dakwaan itu.

"Tak tahu fakta macam mana (Soros) ganggu keselamatan negara," katanya.

Pada Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penglibatan Soros dalam gerakan Bersih, Merdeka Center dan portal berita Malaysiakini.

Khalid berkata, pasukan itu sedang meneliti dan mengkaji pelbagai sumber berkaitan yang mendakwa wujud penyaluran dana daripada luar membiayai mana-mana gerakan dalam negara.

"Pasukan itu sedang mengkaji laporan-laporan di Internet dan laporan yang dibuat pengadu.

"Kita juga sudah kenal pasti beberapa individu yang ada kaitan, dan apabila sudah siap kajian terhadap maklumat-maklumat 'open source' ini, kita akan mula panggil saksi," kata Khalid.

Pasukan khas itu ditubuhkan selepas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya kes itu disiasat secara empirikal dan terperinci, berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

Ia susulan dakwaan wujud dokumen yang dikatakan daripada jaringan penaja bantuan antarabangsa, Open Society Foundation (OSF) menunjukkan pengasasnya, Soros mempunyai 'kepentingan peribadi' dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di negara ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment