Bantahan Terhadap Ahok Bertukar Ganas, Seorang Maut

JAKARTA: Tunjuk perasaan secara aman bagi membantah Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok kerana menghina Islam, bertukar ganas apabila penunjuk perasaan bertindak membakar kereta polis.

Kekecohan tersebut turut menyaksikan seorang maut dan tujuh lagi cedera termasuk anggota polis apabila  berlaku rempuhan dalam kalangan ratusan ribu penunjuk perasaan yang menghadiri demontrasi Bantah Ahok itu di kawasan Istana Presiden dan bangunan majlis perbandaran.

Situasi tegang tercetus apabila polis anti rusuhan Indonesia melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan aman bantah Ahok.

Polis dipercayai terpaksa bertindak demikian apabila ada antara peserta demonstrasi yang enggan bersurai.

Ada juga antara peserta demonstrasi yang bertindak ganas dengan merempuh serta memukul anggota polis anti rusuhan.

Peserta dikatakan bertindak liar kerana tidak berpuas hati apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo, enggan bertemu peserta demonstrasi.

Jokowi dikatakan tidak memberi sebarang respon berhubung kenyataan penghinaan terhadap Islam oleh Ahok. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana