Bagusss Lah TU!!!!! Perkasa Bertanding PRU14. Akan Mudahkan BN Menang

YANG diperlukan parti-parti pembangkang sekarang ini ialah penyatuan mereka dalam satu komponen untuk menentang BN.  Bukti kepada kenyataan ini sudah disebutkan banyak kali oleh pemimpin mereka yang berkenaan.

Bukan memecah belahkan lagi sesama mereka.

Tapi cakap sajalah, parti Pribumi cap bunga yang Mahathir tubuhkan pun masih tidak menyertai Pakatan Harapan – yang sehingga kini kekal pertubuhan haram dan tidak didaftarkan.

Dengan macam mana ini nak dicapai bila  Perkasa pula nak masuk bertanding dalam PRU14 berdasarkan kenyataan Presidennya semalam?  Memang sekali pandang, kehadiran Perkasa hanya akan memecah belahkan undi Melayu tapi soal balik, undi Melayu mana yang akan dipecah kan?  Cenderung parti lawan atau cenderung parti kerajaan?

Perkasa ini semua orang tahu bersepah DNA Mahathir di dalamnya, maka jelasnya ia hanya akan pecahkan undi pembangkang, bukan undi parti kerajaan.  Sekarang pun Melayu sokong pembangkang berpecah antara Pribumi, PAN, PKR dan PAS, sekarang muncul Perkasa pulak, betul nak bagi UMNO/BN kerja senang.

Maka tidak hairanlah kenapa ramai melihat keputusan Perkasa untuk menyertai PRU14 ini sebagai bukti UMNO/BN akan menang selesa dalam PRU14.  Kejutan dalam PRN Sarawak dan dua pilihanraya kecil selepasnya (Sg Besar dan Kuala Kangsar), bakal berulang dalam PRU14.

Jadi betullah Mahathir cakap masa Bersih hari tu, BN selama hari ini menang bukan sebab BN kerja kuat tapi kerana pembangkang berpecah belah.  Cuma beza dulu Mahathir pecah belahkan pembangkang dari dalam UMNO/BN, hari ini dia melakukannya dari dalam pembangkang sendiri.

Baguslah dan tahniah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana