Armand Azha,Tian Chua,Zuraida ditahan ekoran himpunan…jadikan jumlah 20

Armand Azha Abu Hanifah yang mengetuai kumpulan Baju Merah pada himpunan di Kuala Lumpur Sabtu ditahan polis.Juga ditahan ialah Ahli Parlimen PKR Batu,Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin.

Dua lagi ditahan ialah aktivis Bersih yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji,Perak Howard Lee Chuan How dan pelukis grafik,Fahmi Reza.

Armand yang juga Ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia ditahan sejurus sebelum kumpulan Baju Merah bersurai di Padang Merbok pada sebelah petang.

Tian Chua dan Zuraida ditahan pada sebelah malam.

Ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan sebelum dan selepas himpunan Sabtu ialah 20 orang.

Pada sebelah pagi sejurus sebelum himpunan Bersih bermula polis menahan aktivis Hishamuddin Rais.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana