APA PENDIRIAN AHLI PARLIMEN MELAYU PKR TENTANG RUU355?

Diaorang takut dengan Bukan Melayu nanti tak akan dapat undi pada PRU nanti.MP PH ini semuanya kemenangan adalah undi dari kaum Cina.Ada Berani kah melawan atau menongkah Arus dengan DAP?

ADA 16 Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berbangsa Melayu daripada jumlah keseluruhan sebanyak 28 semuanya.

Namun sehingga ke hari terakhir persidangan Dewan Rakyat pada Khamis, 24 November 2016 ini, mereka yang beragama Islam dalam parti berkenaan masih belum buka mulut mengenai isu Rang Undang-Undang 355 (RUU 355)  yang DAP sifatkan sebagai Hukum Hudud.

Walaupun telah jelas bahawa RUU 355 hanya untuk memperkasakan dan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355), namun DAP tetap mahu masyarakat melihat ia sebagai Hukum Hudud yang cuba mahu dihidupkan oleh Parti Islam SeMalaysia atau PAS di negara ini.

Soalnya sekarang, dimana perginya seramai 16 Ahli Parlimen dari PKR yang berbangsa Melayu beragama Islam? Apakah pandangan dan kedudukan mereka dalam perkara ini?

Adakah 16 Ahli Parlimen PKR ini akan memilih untuk mengikut arahan DAP yang menguasai Pakatan Harapan, atau mereka akan memilih untuk memperkasakan undang-undang Syariah di negara kita?

Namun tidak mustahil juga sekiranya mereka akan bertindak untuk mempedulikan Islam, dengan mematuhi arahan dari DAP yang mahukan RUU 355 tidak disokong dan diimplementkan.

Sama ada mereka berani atau tidak untuk melanggar syiar Islam kita akan sama-sama ketahui dalam Dewan Rakyat dijadualkan pada hari ini. Atau sama ada 16 Ahli Parlimen ini sanggup ‘menadah leher’ sendiri untuk mengingkar dasar DAP, ia juga bakal diketahui sedikit masa lagi. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana