APA AGENDA DAP UNTUK ORANG MELAYU?

Perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini.

Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Niat untuk menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi telah didedahkan oleh seorang bekas  ahli DAP yang mengingatkan kita bahawa agenda  perancangan jangka panjang dilakukan dan  dalam soal agama mereka menggunakan Melayu agar menyokong gerakan ini.

Kita telah melihat beberapa kejadian, upacara yang telah berlaku dan ianya melibatkan orang Melayu sekali gus  akan melindungi tindakan tersebut. Cerita DUMC masih lagi dalam ingatan kita, cerita Kalimah Allah  juga masih dalam ingatan kita.

Sekarang kita telah dituntut oleh kumpulan yang dikatakan intelektual yang mengelar diri mereka G25 yang mahukan segala hukum hakam dan larangan dalam agama Islam dihalalkan atas nama hak  asasi. Tuntutan ini disokong oleh kumpulan politik Melayu PAN dan PKR.

Ini dibuktikan tiada satu pun kenyataan menentang dibuat oleh mereka. Mungkin satu ketika dahulu PAS agak teruja dengan DAP, namun sekarang kesedaran  mereka tentang kepentingan menjaga Bangsa dan Agama itu membuatkan mereka menghindarkan diri dari DAP.

Membonekakan pemimpin Melayu untuk mencapai agenda politik dan apa juga yang berkepentingan untuk DAP dilakukan dengan halus dan teliti. Peluru untuk menjayakan agenda tersebut sudah pastinya di kalangan orang Melayu sendiri.

Kita boleh melihat bagaimana  DAP menggunakan orang Melayu  sebagai tampok boneka pemerintahan di Perak, segala perancangan diatur bukan oleh seorang  Menteri Besar  tetapi ianya telah digaris panduankan oleh DAP.

Pemberian tanah 999 tahun kepada bangsa DAP dibuat tanpa memikirkan kesannya kepada negeri, bukan itu sahaja dimasa itu kelulusan tanah diberikan secara mudah, termasuk tanah-tanah lombong. Semua ini dilakukan  semasa pemerintahan 10 bulan di Perak.

Nizar digunakan sebagai peluru untuk memenuhi agenda DAP. Setelah tumbangnya kerajaan boneka DAP, Nizar dipergunakan untuk “mohon derhaka” kepada Sultan Perak dan Nizar juga telah mengarahkan penyokong PAS berbaring menghalang laluan Raja Muda Perak dalam Istiadat perlantikan Menteri  Besar Perak.

Bukan itu sahaja,DAP mengadakan sidang media tergempar memaklumkan pembubaran DUN negeri Perak dengan membelakangkan DYMM Tuanku Sultan Perak sebelum memperolehi perkenan baginda.

Malah Nizar sekali lagi telah mempamerkan kebodohannya lagi apabila tidak mengikut prosedur pembubaran DUN negeri Perak sebagaimana yang termaktub di bawah undang-undang tubuh kerajaan Perak. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa Nizar tidak faham apa-apa tentang politik dan juga membuktikan beliau memang dilembukan dan dibalacikan oleh pemimpin DAP selama 10 bulan menjadi MB boneka negeri Perak.

Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang, dimana DAP menggunakan Melayu sebagai landasan  untuk memerintah Pulau Pinang. Melayu yang terkenal dengan mempercayai slogan-slogan telah dibutakan akal dan fikiran untuk membaca agenda tersembunyi DAP.

Laungan Ubah yang mana digunakan untuk menumbangkan  Barisan Nasional adalah agenda untuk mengubah lankskap politik dan mendominasikan kuasa DAP di Pulau Pinang. Semuanya telah terbukti dengan kejadian-kejadian penindasan yang berlaku  terhadap orang Melayu.

Adun PKR dan PAS dicarikan kesalahan untuk menyingkirkan mereka dari kerusi EXCO Pulau Pinang, akhirnya  hilang semua apa yang dikejar dan yang mahu diubah. Mengubah landskap politik dan kuasa dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang berdasarkan acuan politik Singapura.

Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DPSY) Ng Wei Aik dalam reaksinya jelas menampakkan bahawa DAP mahukan hanya orang Cina menjadi Ketua Menteri dan beliau tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan marah terhadap cadangan pengiliran Ketua Menteri dilakukan  dengan menyifatkannya sebagai orang yang gilakan kuasa.

Tetapi apakah beliau lupa selama ini DAP yang telah cuba memberikan gambaran seolah-olah BN dan khususnya UMNO menolak desakan supaya Timbalan Perdana Menteri dilantik daripada seorang bukan Melayu, tetapi ternyata DAP di peringkat negeri pun sudah tidak sanggup untuk memberikan peluang kepada kaum lain apatah lagi jika parti itu menguasai Malaysia.

Jelas bahawa Malaysian Malaysia DAP hanyalah pada teori sahaja untuk meyakinkan kaum lain tetapi matlamat sebenarnya ialah Malaysian Chinese. Inilah gambaran sekiranya DAP berkuasa di negara ini kelak yang seharusnya disedari oleh kaum India dan Melayu.

Sesungguhnya cadangan yang dibuat oleh Pemuda PKR itu lebih adil daripada dasar BN yang selama ini hanya meletakkan Melayu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekalipun sebenarnya UMNO dengan kedudukan kerusinya boleh menentukan sama ada Ketua Menteri dari parti Gerakan atau MCA.

Namun UMNO berpegang kepada janji setiakawan dan tidak pernah menuntut untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika BN berkuasa dahulu. Malangnya kesetiaan UMNO ini telah dikhianati.

Mohd. Yusmadi sebagai anggota Parlimen PKR Balik Pulau melihat formula yang dikemukakannya adalah lebih baik daripada BN yang sekian lama memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dari Gerakan sahaja malah bersikap tidak adil kepada MCA.

Orang Melayu hanya layak dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Menteri sahaja.Sekarang kita  faham kenapa jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang hanya layak untuk DAP sahaja dan bukan kaum lain. Ini terbukti apabila Guan Eng meminggirkan Ramasamy  sebagai memegang jawatan Ketua Menteri dan jawatan tersebut diberikan kepada anggota DAP yang lain. Sikap ini menampakkan perkauman DAP dan prasangka buruk kepada orang Melayu dan India sekiranya mereka menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kelak.

Wei Aik  mendakwa sekalipun seorang Cina menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi layanan adil diberikan kepada semua kaum dan agama. Ternyata semua itu hanya teori politik untuk sokongan sahaja.

Sama ada kerajaan negeri adil atau tidak kepada semua kaum hanya dapat dirasakan dan dijawab oleh rakyat Pulau Pinang sendiri dan sekarang kezaliman dan penindasan DAP dan membonekakan pemimpin PAS , PKR serta orang Melayu Pulau Pinang telah pun dilakukan.

Peristiwa yang sama juga berlaku  di Singapura- Untuk rekod

Pengumuman Perdana Menteri Singapura yang juga Setiausaha Agung PAP, Lee Hsien Loong yang meletakkan kouta hanya calon Melayu yang layak menjadi Presiden di republik itu pada tahun depan membuktikan PAP mengamalkan polisi rasis dalam pentadbirannya.

“Kemelut Pemilihan Presiden (EP) hanya berkaitan dengan mengubah tiang gol untuk memastikan ia sentiasa ditetapkan bahawa (Melayu) pro-PAP sebagai boneka dilantik. Jangan terganggu dengan Melayu sampah ini,”kata Damanhuri Abas, ahli Parti Demokratik Singapura (SDP) di Facebook.

Damanhuri AbasMenurutnya, cara pemilihan seperti itu telah mengesahkan polisi rasis dipraktikkan secara menebal sehinggakan Melayu telah terpinggir di Republik Singapura.

“Kami orang Melayu tidak memerlukan pertunjukan palsu untuk menunjukkan kebaikan kepada masyarakat. Ini adalah semata-mata pengakuan kebenaran secara terbuka bahawa orang Melayu telah dirawat sebagai warga kelas kedua di negara ini sejak 50 tahun yang lalu.

“Menyemai racun (bahawa) ‘ Melayu tidak boleh dipercayai sepenuhnya’ dalam minda semua warga Singapura…”katanya.

Damanhuri berkata jika kerajaan PAP benar-benar ikhlas mahu membantu Melayu, maka silibus rasisme jahat yang disemai sejak dari latihan Khidmat Negara hendaklah dihentikan.

“Jika kerajaan (Singapura) benar-benar mahu membantu orang Melayu, berhenti semai perkauman jahat yang mereka semai secara menebal dalam jiwa rakyat bermula dari program Khidmat Negara. Di sini perkauman bermula dan di sini juga ia mesti berakhir, “katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana