Ambil Iktibar Demonstrasi Di Jakarta - Mubarak

KUALA LUMPUR: Demonstrasi besar-besaran di Jakarta harus dijadikan iktibar dalam mengelak sebarang penganjuran protes jalanan di negara ini, seperti Bersih 5.0 yang dirancang pembangkang bulan ini.

Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman berkata pengajaran boleh diambil daripada keadaan hura-hara yang tercetus semasa demonstrasi itu diadakan di ibu negara Indonesia pada Jumaat.

Beliau berkata, walaupun Indonesia dilihat berjaya menyemarakkan konsep negara bangsa dengan mengasimilasikan kaum peribumi dengan bukan peribumi sejak sekian lama, namun huru-hara akibat demonstrasi jalanan tetap berlaku.

"Apatah lagi Malaysia, yang perpaduan kaumnya semakin hari semakin rapuh, adakah boleh selamat (jika diadakan demonstarasi nanti)?," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Pada Jumaat, ratusan ribu rakyat Indonesia membanjiri ibu negara republik itu bagi menyuarakan bantahan terhadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang dikatakan telah menghina Islam.

Demonstrasi itu berakhir dengan seorang maut manakala tujuh lagi cedera akibat rempuhan.

Penganjur perhimpunan haram Bersih 5.0 pula merancang mengadakannya di sini pada 19 November ini walaupun banyak pihak mendesak supaya ia dibatalkan.

Apa yang membimbangkan adalah kemungkinan protes jalanan oleh gerakan Baju Merah yang berikrar turun padang sekiranya Bersih 5.0 diteruskan.

Menyedari hakikat itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini bertitah melarang sebarang penganjuran demonstrasi jalanan di negeri itu.

"Saya menyokong penuh keputusan Sultan Johor untuk mengharamkan demonstrasi jalanan di negeri itu," kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman seterusnya menyuarakan perasaan khuatir jika pemimpin pembangkang mengapi-apikan lagi suasana dengan menggalakkan penganjuran perhimpunan Bersih 5.0.

Senada dengan Abdul Rahman, Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menyifatkan insiden di Jakarta telah mencalarkan kegiatan harian termasuk dari sudut ekonomi dan pelancongan di kota raya itu khususnya.

Keadaan sama akan berlaku di Kuala Lumpur jika Bersih 5.0 diadakan sekali gus mengancam dan menjejaskan imej negara di mata dunia.

"Saya sangat khuatir provokasi akan berlaku semasa Bersih 5.0 dan mereka (penganjur) tidak dapat memberi jaminan bahawa ia akan selamat.

"Justeru itu, saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang mereka mencemarkan ibu negara kita," katanya.

Menurutnya, jika penganjur Bersih 5.0 benar-benar mendukung undang-undang negara dengan mengatakan program itu dibenarkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, mereka sepatutnya mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti di Stadium Shah Alam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berpendapat penganjuran Bersih 5.0 yang ditunjangi parti pembangkang hanya sekadar ingin membakar sentimen rakyat bagi mewujudkan persepsi negatif pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, pendedahan media antarabangsa berhubung penganjuran perhimpuan itu, yang mendapat dana daripada penyangak matawang George Soros, jelas menunjukkan ada agenda tertentu yang ingin dibawa oleh mereka.

"Saya menyeru kepada rakyat yang matang agar kita harus sama-sama belajar daripada sejarah lampau...jangan bersengkongkol dengan musuh untuk menjatuhkan pemimpin.

"Apabila nasi sudah menjadi bubur, ia sudah tidak berguna lagi. Berapa banyak tamadun di dunia yang runtuh akibat rasa tidak puas hati sehingga berpakat dengan musuh," katanya pada sesi minum pagi bersama-sama pengamal media Kelantan, Ahad. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana