Ahli Majlis minta maaf 'terlepas' video lucah dalam group whatsapp

Kejadian 'lawak seram' ini berlaku di negeri Pakatan Harapan, Selangor, selepas Ahli Majlis Perbandaran Klang, Tan Heng Kim meminta maaf secara terbuka berhubung penyebaran klip video berunsur lucah dalam aplikasi WhatsApp.

Heng Kim berkata, klip video itu tersebar ke dalam kumpulan sembang "43B JKP" apabila telefon bimbitnya dipinjamkan kepada seorang kawan.

Katanya, kawan tersebut yang menggunakan telefon pintar untuk menghantar lagu telah tersilap hantar klip video tidak senonoh itu.

Menurutnya lagi, klip video berkenaan telah dihantar kepadanya oleh orang lain tetapi tidak sempat dipadamkan.

Jelasnya, kejadian itu berlaku kira-kira seminggu lalu di sebuah restoran di mana dia sedang bersembang tentang lagu bersama kawan dan kawannya itu juga tersilap hantar klip video berunsur lucah.

Ujarnya, dia telah menerima pengajaran daripada kejadian itu dan tidak akan meminjamkan telefon kepada orang lain pada masa depan.

"Kejadian ini menyebabkan saya tidak dapat tidur selama beberapa hari dan saya berharap apa yang berlaku tidak akan menguburkan rekod perkhidmatan saya di Klang," katanya kepada Sinchew Daily.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana