Ahli Dewan Rakyat tergamam, Pandikar 'amuk'

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Rakyat hari ini diam dan tergamam apabila Yang DiPertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur semua Ahli Parlimen supaya tidak menggunakan perkataan kasar semasa sesi perbahasan berlangsung.

Merujuk kepada kekecohan yang berlaku pada Isnin, Pandikar berkata tindakan sebegitu boleh mendorong kepada tindakan fizikal antara Ahli Parlimen jika tiada tindakan segera diambil.

"Perkara yang telah berlalu dan yang telah dibuat keputusan pada ketika itu, kemudian selepas itu dibangkit kembali. Kalau YB (Batu Kawan) tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat maka YB buat usul seperti yang disebut tadi oleh Timbalan Speaker.

"Kerana perkara yang berlaku (semalam) di depan mata tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana semua nampak. Tak perlu adakan siasatan. Perkara yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah perkara yang perlu diambil bukti serta panggil saksi," kata Pandikar dengan nada keras pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sidang Dewan Rakyat semalam kecoh apabila beberapa wakil rakyat bertikam lidah atas perkataan yang disifatkan sebagai "tidak senonoh" oleh Timbalan Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Situasi itu tercetus apabila Tajuddin (BN-Pasir Salak) menyebut bahawa Teresa Kok (DAP-Seputeh) adalah satu-satunya wanita yang mempunyai 'kok' di Dewan Rakyat.

Tajuddin seterusnya menegur Teresa, "Seputeh kekeke (ketawa) kenapa? Satu-satunya wanita yang mempunyai "Kok" adalah di Parlimen Seputeh," ujarnya.

Kenyataan itu lantas mengundang reaksi dan kemarahan beberapa ahli parlimen pembangkang yang bangkit untuk menegur tindakan Tajuddin dan mendesak supaya Timbalan Speaker mengambil tindakan dan meminta Tajuddin menarik balik kenyataan berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) kemudian bangun dan memanggil Tajuddin 'sial'.

Ia berbalas dengan Tajuddin mencabar Khalid agar keluar untuk 'menyelesaikan' perkara itu secara bersemuka dan menggunakan perkataan 'sial' di luar parlimen jika berani.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana