ADUN DAP Perak buat hal lagi...

Sidang DUN Perak sudah selesai namun seperkara menarik ialah komen mengenai kelakuan Pengerusi DAP negeri, yang juga ADUN Kepayang, Nga Kor Ming sepanjang sidang dewan kali ini.

Nga sejak hari pertama sama ada melalui sidang media ataupun perbahasan bajet telah memperlihatkan kelakuan yang agak agresif serta sangat provokatif disamping menggunakan peluang dan haknya sebagai ADUN untuk memperlekeh beberapa wakil rakyat.

Seorang wartawan yang mengikuti sidang sepanjang lima hari itu secara sinis berkata “sebagai YB,Nga patut menggunakan bahasa yang mulia di dewan yang mulia bukan sebaliknya.”

Beliau mencadangkan DAP Pusat tidak meletakkan Nga bertanding dalam PRU ke14 jika pembangkang mahu kembali membentuk kerajaan di Perak.

Selain dari itu Nga juga  “kacau” Speaker kerana kegagalan speaker memakai pakaian seragam pada sidang hari pertama. Mungkin kerana speaker (Thangeswary) yang ada adalah speaker baru menggantikan Dato Seri SK Devamany.

Kepada tegoran  Nga itu, speaker meminta maaf dan berjanji memakai jubah rasmi keesokannya—ini dilakukan sepanjang sidang..

Nga juga bertanyakan speaker mengapa speaker menolak empat usul dihantar wakil-wakil rakyat  DAP sedangkan usul-usul itu tanpa memberikan respond. Dia mahukan keputusan positif agar empat usul dibawa  dan di bahas.

Dengan tegas speaker menolak tuntutan DAP. Pada satu ketika geram dengan gelagat Nga yang membahas isu bajet macam dia bercakap kempen pilihanraya,speaker minta Nga lebih focus. Speaker juga minta Nga lebih beradap sikit.

Beberapa kali juga speaker menggunakan haknya “duduk . . . duduk . . . duduk”. “Saya sudahpun membuat ruling  . . . .”kata speaker cuba mententeramkan suasana dewan yang gamat.

Kemudian apabila selesai sidang DUN (hari keempat) Jumaat, Menteri Besar pula mengambil peluang membelasah Nga kerana sikap Nga yang kurang  beradap yang dipamerkan.

Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir berkata Nga  gagal menunjukkan teladan yang baik walaupun sering menyebut beliau adalah seorang ahli Dewan paling senior.

Walaupun wakil rakyat DAP itu seorang ahli Dewan Perak paling lama, di samping Datuk Saarani Mohamad (BN – Kota Tampan) beliau patut menunjukkan teladan.
Katanya setelah 18 tahun menjadi ahli Dewan, Nga sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan tidak menggunakan ayat-ayat yang tidak baik dalam Dewan.

“Beliau merupakan seorang yang berpengalaman, bukan orang baru, diganggu semasa bahas ini biasa, meminta celahan, biasa tapi apabila diganggu dan melemparkan perkataan- perkataan seperti monyet dan sebagainya, itu tidak menggambarkan kematangan beliau dalam politik selama 18 tahun,” katanya.

Dr.Zambry turut mengulas tindakan Nga mengeluarkan perkataan monyet kepada ADUN Barisan Nasional (BN) yang cuba mencelah ketika sedang membahaskan Bajet 2017.

Tidak cukup dengan perkataan monyet, Nga juga dengan nada keras menyuruh Datuk Dr Mah Hang Soon (BN – Chenderiang) duduk apabila cuba mencelah, sehingga Speaker, S. Thangeswary menegurnya supaya menggunakan perkataan yang lebih sopan.

Menteri Besar berkata selepas 18 tahun, sepatutnya Pengerusi DAP Perak itu menjadi semakin matang di dalam dewan.

“Apakah dalam masa 18 tahun masih tidak boleh berubah? … dari segi perilaku, kelaku, dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, saya harapkan dia jadi contoh yang baik kepada yang lain-lain.

“Sepatutnya 18 tahun…bukan 8 tahun…saya baru 12 tahun, dia sudah begitu lama, sepatutnya tunjuklah perangai elok sikit.

“Saya ingin mengingatkan dia, sebagai seorang ahli dewan yang paling senior, dia sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana