ADIK DIA PULAK YANG NAK DINAIKKAN?DAHSYAT BETUL NEPOTISME DALAM DAPIGS NI.

Pengumuman DAP Pulau Pinang menggunakan alasan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) bagi melantik adik perempuan Lim Guan Eng sebagai Ketua Jawatankuasa Kempen Pilihanraya adalah muslihat bagi menyediakan wanita itu sebagai pengganti Ketua Menteri.

Guan Eng yang sudah didakwa di mahkamah kerana jenayah rasuah mengenepikan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, seorang anak tempatan bagi menjadi penggantinya.
Biarpun pengumuman dibuat Kon Yeow ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang dan bukannya Guan Eng sendiri, menurut sumber DAP yang turut hadir di perhimpunan itu, ia adalah alasan bagi mengelak spekulasi di kalangan perwakilan.

"Perlantikan adik Guan Eng itu sebagai persiapan bagi menyediakan wanita itu menggantikan Guan Eng kerana tidak mahu teraju pentadbiran Pulau Pinang digantikan oleh 'orang luar.'
"Kon Yeow tahu kedudukannya biarpun sebagai Pengerusi DAP negeri, ia tetap tidak menjamin laluannya ke Komtar (pejabat Ketua Menteri)," kata sumber itu kepada My Nation News.
Katanya, apabila adik perempuan Guan Eng lebih kerap turun padang bertemu jentera berbanding Kon Yeow melalui perlantikan jawatankuasa itu, ia akan dijadikan alasan untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri.

Adik perempuan Guan Eng dilantik mengetuai satu jawatankuasa bagi jentera sosial media atau dikenali sebagai RBA.

DAP akan turut menyalurkan lebih banyak sumber ke dalam 'jawatankuasa' itu, kata Kon Yeow seperti dipetik The Star Online baru-baru ini.
Kredit: My Nation News

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana