Adam PKR ‘yang kaya’ masih enggan isytihar harta… dan tak mau cerita buat bisnes apa

Siapa agaknya Rafizi Ramli.Bukankah beliau Setiausaha Agung PKR.Jawatan itu adalah pengurus dan pentabir parti.Jadi cakapnya adalah cakap parti.

Tak tahulah samaada Ketua AMK PKR cabang Ampang Datuk Adam Rosly berusia 28 tahun yang kekayaannya kini menjadi perhatian ramai faham selok belok urusan parti.

Jumaat ,beliau tampil adakan sidang akhbar untuk cakap pasal kontroversi yang melibatkan harta bendanya yang menjolok mata ramai termasuk ahli parti itu sendiri.

Apapun tidak banyak persoalan yang dijawabnya secara terbuka untuk meleraikan keraguan mengenai kekayaan itu.

Adam yang sebelum ini tidak begitu dikenali ramai dan dapat anugerah ‘ Datuk ‘ pada usia muda hanya memberikan cerita ‘rag to riches’ yakni mendakwa beliau minat berniaga dari bangku sekolah dan terus berjaya dan berjaya sampai dapat kumpul harta sebanyak sekarang.

Antara yang sudah terdedah kepada umum ialah banglo ala–Disneyland di Ampang ,rumah di kawasan mewah di Ampang dan banglo di Putrajaya.

Katanya beliau pernah berniaga nasik lemak,buah mangga dan lain-lain sejak bangku sekolah.

Menurutya pada usia 19 tahun beliau sudah ada kereta Proton Perdana.

Beliau menafikan jadi proksi Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin ataupun Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Selain  itu beliau juga nafi main makan komisyen dari projek-projek kerajaan negeri.

Namun Adam tetap enggan memberitahu bidang perniagaan apa yang beliau kini bergiat aktif.

Alasan yang diberi ialah ia hal peribadi dan maklumat itu dibimbangi akan menjejaskan perniagaannya.

Mengenai soal iystihar harta,beliau enggan berbuat demikian lagi atas alasan bukan penjawat awam.

Beliau juga nafi memegang jawatan sebagai pegawai khas kepada Zuraida.

Rafizi yang diminta ulas kes Adam telah meminta beliau isytihar hartanya untuk elak keraguan.

Sebagai Setiausaha Agung parti ia boleh dikira satu arahan.

Namun Adam kata beliau cuma akan berbuat demikian jika ada arahan rasmi secara kolektif dari parti.

Beliau kata sudah dapatkan khidmat peguam sekiranya perlu mengiystihar hartanya.

Adam juga mengulangi bahawa banglo ala-Disneyland di Ampang itu dibidanya dengan harga RM1 juta.

Beliau juga menafikan mencuri elektrik dan air di rumah itu.

Katanya rumah itu dalam pengubahsuaian dan telah memohon kepada TNB dan Syabas untuk pasang kemudahan itu.

Isu Adam jadi riuh bila ketua Baju Merah Datuk Jamal Md Yunus membangkitkannya serta menyewa helikopter untuk meninjau dari udara banglo di Ampang itu.

Adam kata beliau hendak saman Jamal dan Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo kerana dakwa fitnahnya.

Adam dikatakan pernah tinggal di rumah PPR sebelum perniagaan meningkat dan berpindah ke rumah lebih besar kemudian.

Ada yang kata beliau berniaga eksport perabot.

Beliau jadi Ketua AMK cabang Ampang yakni jawatan macam Ketua Pemuda UMNO Bahagian baru sepenggal.

Dalam pada itu ikut cerita yang tersebar secara dalaman,kalangan ahli dan pimpinan parti itu dikatakan kurang senang dengan cerita kes kekayaan Adam.

Ini lebih-lebih lagi beliau sendiri yang ‘tayang’ hartanya termasuk beberapa kereta mewah yang dimilikinya dalam media sosial.

Ada juga yang mempersoalkan apa jasa dan sumbangannya sehingga dapat anugerah ‘Datuk’ pada usia yang begitu muda.

Malah ramai pemimpin parti lebih senior termasuk Ahli Parlimen yang tidak ada title ‘Datuk’.

Bagi mereka ini memberi gambaran meragukan dan andaian orangramai yang tidak menguntungkan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana