ADAKAH “PARTI BUNGA” TAKUT SERTAI PH DIKETUAI DAP?

Mampukah Barisan Rakyat diperkenalkan bagi mewakili kesemua parti pembangkang kecuali PAS? Ia dikatakan akan diumumkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang dijangka berlangsung pada hari ini di Shah Alam. Idea Barisan Rakyat berkenaan adalah dari Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri. Dengan tujuan mahu menyainggi Barisan Nasional.

Bagaimanapun, berita yang diperoleh adalah agak menghambarkan kumpulan pro pembangkang ini. Difahamkan, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah enggan menandatangani perjanjian penyertaan parti PPBM kedalam Pakatan Harapan.

Menurut sumber dalaman PPBM, Muhyiddin dilaporkan meminta lebih masa untuk menimbangkan penyertaan partinya kedalam pakatan pembangkang. Ini kerana, apa yang dibimbangi Muhyiddin, mereka bimbang kehilangan sokongan kaum Melayu pada parti berkenaan kerana Pakatan Harapan kini dikuasai oleh DAP secara totalnya.

Para pemimpin PPBM sedar tanpa sokongan kaum Melayu mereka tidak akan kemana-mana dan pastinya tidak akan mampu memenangi lebih daripada 5 kerusi Parlimen. Andai ini berlaku juga, PPBM pastinya akan dilabel sebagai sebuah parti yang paling kecil dalam Pakatan Harapan sedangkan impian Dr Mahathir adalah untuk meletakkan PPBM sebagai teraju utama pembangkang.

Hala tuju PPBM mudah untuk diramalkan. Sekiranya mereka merubah fikiran dengan menandatangani penyertaan dalam Pakatan Harapan, maka nilai PPBM adalah sam setaraf dengan PAN yang merupakan parti serpihan kaum Melayu. Namun jika mereka masih kekal dengan pendiriannya, tidak mustahil Pakatan Harapan akan mula meminggirkan PPBM dan sekaligus menyaksikan Mahathir dan Muhyiddin akan membawa PPBM meninggalkan Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana