Adakah Anda Fikir Kit Siang Betul-betul Sukakan Mahathir?

Kita amat maklum bahawa Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP merupakan sebuah parti yang menentang kepentingan umat Islam dan orang Melayu dalam negara kita. Kini hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pakatan Harapan “amat baik” walaupun mereka masih belum menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP secara rasmi.

Dari isu penjualan arak dikawasan majoriti Melayu, murtad, pengunaan Kalimah Allah dalam Bible dan lain-lain lagi dilihat sebagai cubaan pakatan harapan pimpinan DAP mencabar hak keistimewaan orang Melayu dan juga Islam sebagai agama rasmi negara.

Baru-baru ini Mahathir mendakwa pihak yang memusuhi gabungan Pakatan Harapan  yang diketuai DAP boleh dianggap sebagai penyokong Datuk Seri Najib Razak. Mahathir dilihat sebagai telunjuk lurus, kelingking berkait. Kata-kata beliau penuh dengan kemunafikan. Selain daripada itu, tahukah anda bahawa menyokong Pakatan Harapan pimpinan DAP seolah-olah menyokong “pemberontakan” kafir harbi.

Dalam isu Mahathir mempertikaikan sokongan terhadap Umno, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa partinya itu tidak memberi sokongan kepada Umno secara ‘bulat-bulat’. Bagi Hadi,  kenyataan atau tuduhan Mahathir itu tidak wajar sama sekali.

“Ada tempat kita sokong (Umno) ada tempat tak sokong, bukan bulat-bulat ,” katanya ringkas kepada pemberita di Dewan Rakyat.

Beberapa hari yang lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masa depan negara tidak boleh bergantung kepada pakatan politik yang hipokrit, tiada keikhlasan dan mengamalkan konsep pusingan U.

Sebaliknya, perdana menteri berkata rakyat perlu memilih parti politik yang bekerjasama erat dengan semua parti gabungan untuk masa depan rakyat dan negara yang lebih terjamin.

“Tuan-tuan ingat pembangkang ini genuine partnership (perkongsian tulen) ke? Adakah anda fikir Kit Siang (Penasihat DAP Lim Kit Siang) betul-betul sukakan Mahathir (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad)? Adakah anda fikir Mahathir benar-benar sukakan Kit Siang?, bidas Najib berkenaan kerjasama  diantara Mahathir dan Lim Kit Siang yang penuh hipokrasi.

Dalam kekalutan hubungan Mahathir dan Lim Kit Siang yang penuh kepura-puraan, Mahathir masih berani mempertikaikan hubungan parti-parti lain yang jauh lebih ikhlas daripada beliau. Mahathir memang mudah buat-buat lupa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana