ZUNAR DILARANG MENINGGALKAN MALAYSIA TIDAK SETIMPAL HUKUMAN DENGAN PERBUATAN YANG DILAKUKANNYA

Tindakan Jabatan Imigresen mengeluarkan larangan ke atas Zunar untuk meninggalkan Malaysia tidak menghairankan rakyat Malaysia.

Malah tindakan itu sebenarnya memang sudah lama ditunggu oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menolak politik kebencian serta fitnah dari pihak pembangkang.

Nama Melayunya Zulkiflee Anwar Haque seringkali menimbulkan kontroversi melalui hasil karya kartun lukisannya yang menyentuh sensitiviti isu kerajaan dan pemimpin Malaysia.

Namun pada kali ini Zunar ditahan mungkin ada kaitan dengan dakwaan hasutan kerana menghina badan kehakiman dalam tweet yang dibuat berkaitan kes liwat 2 membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zunar juga sebenarnya berdepan dengan 9 pendakwaan, yang antara lain kerana mendakwa pensabitan liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicemari campurtangan kerajaan dan berat-sebelah.

Tindakan Zunar seolah-oleh menghina Mahkamah tanpa menyertakan bukti yang kukuh.

Zunar dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Imigresen kemudian dia menyalahkan Ketua Polis Negara kerana mengeluarkan arahan larangan tersebut kepada pihak Imigresen.

Dalam kenyataan balas Ketua Polis Negara kepada pemberita sekiranya Zunar tidak berpuashati dengan tindakan larangan keluar negara yang dikenakan ke atasnya, Zunar bebas untuk mencabarnya di Mahkamah.

Tan Sri Khalid Abu Bakar juga tidak gentar dengan ancaman tindakan undang-undang yang ingin dilakukan Zunar.

Kalau diimbas kembali keburukan yang telah dilakukan Zunar terhadap kerajaan dan pemimpin di Malaysia terlalu banyak. Lukisannya yang banyak menggunakan imej pemimpin kerajaan dan memburukkan pemimpin tersebut adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.

Berpandukan tuduhan isu semasa untuk digunakan sebagai bahan fitnah Zunar sering dikecam dan tindakannya itu membuatkan rakyat muak dengan hasil karyanya.

Manakala anugerah yang pernah diterimanya sebagai KARTUNIS KEAMANAN dari NGO luar negara yang bertopengkan yahudi juga sebenarnya tidak layak diberikan kepadanya.

Ini kerana Zunar hanya berkarya untuk memecah belahkan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. Dia sentiasa menimbulkan kebencian rakyat terhadap dasar dan kepimpinan negara dengan isu yang cuba diketengahkannya.

Diharap selepas ini ada lebih banyak lagi tindakan drastik dan lebih tegas diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani politik kebencian yang diamalkan oleh pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana