Zaid cuba takut-takutkan bukan Islam mengenai RUU Akta 355 - Iskandar Samad

AMPANG: Kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa bukan Islam perlu membantah pindaan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) adalah satu cubaan untuk menakut-nakutkan golongan berkenaan.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Zaid jelas sekali mempunyai niat tidak baik terhadap usul pindaan yang bakal dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat minggu depan.

Ujarnya, masyarakat bukan Islam tidak perlu risau atau ragu-ragu dengan pindaan berkenaan kerana ia tidak terpakai kepada mereka, sebaliknya ia hanya dilaksanakan terhadap penganut agama Islam di negara ini.

"Saya merasakan ini seolah-olah menakut-nakutkan(orang bukan Islam) sebab Akta 355 ini tidak memberi kesan langsung kepada masyarakat bukan Islam sebab ia adalah Mahkamah Syariah. Ia hanya boleh mendakwa orang Islam sahaja," katanya selepas menghadiri Program Memperkasakan Pangpasuri Ampang Jaya Sempena Pesta Tanglung, malam tadi.

Semalam Zaid menasihatkan masyarakat bukan Islam supaya jangan mengambil sikap tidak peduli terhadap Akta 355 ekoran mendakwa pindaan itu berkait rapat dengan kehidupan rakyat.

Dakwa Zaid, negara akan berpecah belah kerana mempunyai dua set undang-undang dan ia bakal mendatangkan kesan besar terhadap cara hidup rakyat, termasuk daripada segi berpakaian dan tingkah laku sebaik sahaja akta itu dikuatkuasakana kelak.

Zaid turut percaya pindaan berkenaan tidak akan diluluskan, kerana tidak mampu mendapat undi mencukupi daripada wakil rakyat Islam, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Merujuk kenyataan itu, Iskandar menegaskan sekali lagi pindaan berkenaan tidak akan memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam secara langsung atau pun tidak, kerana ia hanya untuk meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.

"Akta 355 ini tidak beri kesan (kepada bukan Islam), ianya hanya memperkasakan Mahkamah Syariah sahaja. Sekarang ini boleh dinaikkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah," ujarnya lagi.

Untuk rekod, usul untuk meminda Akta 355 kini berada dalam agenda keempat dalam sesi pindaan akta dan usul di Parlimen.

"Sekarang Mahkamah Syariah status rendah sama seperti Mahkamah Majistret, ini bermakna bahawa sudah sampai masanya bagi Mahkamah Syariah ini diberi sedikit penghormatan, bermakna bahawa ianya tidak akan memberi kesan kepada bukan Islam.

"Yang hanya boleh didakwa di Mahkamah Syariah adalah orang Islam dan yang hendak diperkasakan adalah Mahkamah Syariah. Tidak perlu orang bukan Islam bimbang akan pindaan akta ini," ujarnya lagi.

RUU itu memerlukan 112 undi untuk diluluskan dengan majoriti mudah. Umno (86) dan PAS (14) mempunyai 100 kerusi, manakala 24 wakil rakyat pembangkang beragama Islam iaitu PKR (16), Amanah (6) dan DAP (2).

Pindaan perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga atau 148 undi. Terdapat 130 wakil rakyat beragama Islam di Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana