Video Pukul Orang....Habislah...polis dah cari

 Kulai: Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki memukul dan mengugut seorang individu dipercayai kakitangan SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) selepas video insiden itu viral di laman sosial Facebook (FB) hari ini.

Video berdurasi 15 saat itu yang mula tersebar sejak jam 4 petang tadi memaparkan seorang lelaki memakai jaket SAJ yang berada di atas motosikal ditumbuk di muka oleh seorang lelaki, manakala seorang lagi menendang dan merampas topi keledar mangsa.

Ia dipercayai berlaku apabila lelaki berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air di kawasan Kampung Melayu di sini.

Kejadian itu dipercayai dirakam seorang lagi kakitangan SAJ bertugas, yang mana suspek dilihat turut menuju ke arahnya sebelum rakaman ditamatkan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan.

Sementara itu, jurucakap SAJ memaklumkan mereka hanya menyedari kejadian itu selepas melihat video berkenaan dalam laman sosial.

"Kami masih menyiasat perkara ini kerana sehingga kini kami tidak menerima apa-apa laporan daripada mangsa walaupun difahamkan laporan polis sudah dibuat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana