Video: Penangan sulung Budiman ke muka pembangkang

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dalam perbahasan sulung Bajet 2017, menyindir sikap tidak profesional pembangkang yang bertindak keluar dewan ketika usul mengenai Bajet2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Beliau yang juga Adun Sungai Panjang berkata ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Menteri Besar membentangkan bajet negeri, beliau tidak pernah sesekali meninggalkan dewan meskipun ‘teluka’ kerana menghormati peraturan dewan.

“Sejarah pengalaman saya di DUN Selangor ketika menjadi pembangkang saya ikut peraturan dewan dan dengar soal perbahasan dan usul berkaitan bajet negeri.

“Saya kekal dengar dan saya tidak tinggal Dewan, (Ahli Parlimen) Perlabuhan Klang (Tan Sri Khallid Ibrahim), Gombak (Datuk Seri Azmin Ali) bentang bajet negeri, saya dengar juga, walaupun teliga terhiris, hati teluka perasan menangis, kerana saya faham mandat rakyat,” kata Budiman.

Budiman kelihatan tenang sepanjang lebih satu jam membahaskan Bajet 2017 walaupun beberapa ahli parlimen pembangkang bangun mencelah cuba menganggu perbahasannya kerana sindiran Ahli Parlimen Sungai Besar itu ibarat tumbukan sulung Budiman ke muka pembangkang .

Menurut Budiman sikap pembangkang yang keluar Dewan pada Jumaat lalu adalah biadap dan seolah menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Apa yang dilakukan adalah tindakan biadap dan tidak menghormati dewan. Saya merasai perasaan Yang Dipertua Dewan, bagaimana Tun Teja dipersiakan Hang Tuah, bagaimana derita Sultan Mahmud Syah ketika ditolak pinangan oleh Puteri Gunung Ledang.

“Saya nak bagitahu kenapa saya duduk (ketika sidang DUN). Kerana ketika ada apa persoalan yang dikemukakan saya akan ambil peluang balas, kalau ada kenyataan balas yang wajar dibahas, saya ambil peluang untuk berbahas.

“Yang saya hairan kenapa Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ) berbahas sedangkan dia tak ada di dalam dewan,” katanya.

Saksikan video perbahasan  Budiman menyindir pembangkang yang keluar Dewan paa pembentangan Bajet 2017 Jumaat lalu.
video

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment