Video Pemuda UMNO Halau Geng BERSIH 5 Di Alor Setar


Seperti yang diumumkan sebelum ini, BERSIH 5 bakal bermula dengan siri konvoi di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Apa yang disasarkan oleh NGO BERSIH kali ini ini adalah untuk menarik seberapa ramai peserta di lokasi-lokasi konvoi mereka bagi membuktikan gerakan mereka masih mendapat sokongan ramai.

Setelah kegagalan konvoi ini di Lumut baru-baru ini, hari ini, mereka berhimpun pula di Alor Setar bagi meraih sokongan daripada penduduk Alor Setar terhadap gerakannya. Dihadiri kira-kira 100 orang, seperti biasa mereka akan melaungkan kata-kata berunsur politik, jauh daripada apa yang mereka perjuangkan sebelum ini.

Menariknya, tidak sampai sejam mereka berhimpun, sekumpulan anak muda berbaju merah yang dipercayai Pergerakan Pemuda UMNO tiba. Kehadiran kira-kira 200 orang anak muda ini agak merencatkan apa yang dirancang oleh peserta konvoi himpunan haram BERSIH ini.

Nyata sekali, kehadiran anak muda baju Merah ini telah memeranjatkan peserta konvoi BERSIH. Berlaku sedikit pertikaman lidah antara peserta konvoi BERSIH dan wakil kumpulan baju merah. Namun, keadaan dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak polis yang mengawal keadaan.

Akibat tidak tahan dengan asakan kumpulan baju merah, peserta konvoi BERSIH di Alor Setar mengambil keputusan untuk beredar dari lokasi dimana mereka dijangka berhimpun. Boleh dikatakan, penguduran mereka dari lokasi berkenaan adalah disebabkan pengusiran yang dibuat oleh peserta baju merah yang enggan melihat BERSIH mengganggu sistem demokrasi negara.

Disamping itu juga, atas nasihat pihak polis, peserta konvoi BERSIH memilih untuk bersurai walaupun mereka dijangka melakukan demo kecil dan konvoi di sekitar Alor Setar pagi ini.

Nampaknya, perjuangan BERSIH kali ini benar-benar mendapat tentangan hebat dari Pemuda UMNO dan gerakan baju merah. Mereka tidak lagi sebebas dahulu dimana mereka bebas melakukan apa sahaja provokasi hanya untuk menunjukkan bahawa mereka berkuasa apa sahaja dalam demo seumpama ini.

Syabas anak muda Melayu dari Pergerakan Pemuda UMNO Kedah dan kumpulan baju merah. Keberanian anda menolak idealogi jahat BERSIH ini nyata telah mengentarkan pembangkang yang menjadi tunggak kepada BERSIH ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana