VIDEO : MUHYIDDIN PERNAH ANGGAP BERSIH ITU KOTOR DAN HARAM

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PRIBUMI, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini bagaikan “menjilat ludahnya kembali” apabila menyebut bahawa penganjuran himpunan Bersih 5.0 adalah medium yang tepat buat rakyat.

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan pada 24 Oktober 2016, Muhyiddin dikatakan telah lama mengikuti perkembangan himpunan Bersih ini, termasuklah tuntutan yang berlandaskan peruntukan perlembagaan.

“Justeru, saya sokong apa yang diperkenalkan pengerusinya, Maria Chin Abdullah. Kumpulan ini cuba membawa suara rakyat bagi menuntut hak masing-masing,” katanya ketika berucap di program Pidato Perdana Bersih 5 di Pekan Parit Bakar, Muar, Johor malam kelmarin.

Muhyiddin juga dikatakan menyeru rakyat agar sama-sama turun bagi menyertai himpunan Bersih 5.0 yang mana sebelum ini beliau sendiri menganggap Bersih sebuah tindakan yang haram.

Penulis minat untuk bertanya Muhyiddin, adakah dia masih ingat kata-katanya semasa berucap pada majlis kenduri rakyat di Dataran Alor Pongsu di hadapan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat, serta rakyat kawasan itu pada 4 Julai 2011 dahulu?

Bukankah dia semasa itu selaku Timbalan Perdana Menteri dengan penuh minat dan beremosi mengecam himpunan Bersih sebagai tidak bersih dan haram?

Semasa ucapannya itu juga, Muhyiddin turut berjanji akan terus mempertahankan agenda-agenda kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat sekali gus menafikan segala perjuangan pihak pembangkang, termasuklah penganjur Bersih.

Namun selepas enam tahun, tiba-tiba Muhyiddin menganggap himpunan itu sebagai sebuah perkara yang mulia dan harus digalakkan untuk rakyat hadir.

Adakah Muhyiddin sudah menjadi munafik secara terang-terangan dan sanggup “menjilat ludahnya” kembali semata-mata ingin menuruti kehendak peribadi Tun Dr Mahathir Mohamed dan Lim Kit Siang?

Muhyiddin mungkin boleh bermain wayang dalam setiap tindakannya sekarang ini selaku presiden sebuah parti “kroni”, namun yang dia lupa adalah catatan masa silamnya tidak akan sama sekali mampu membohongi rakyat dari menilai siapa dirinya yang sebenar.

Namun selepas enam tahun, tiba-tiba Muhyiddin menganggap himpunan itu sebagai sebuah perkara yang mulia dan harus digalakkan untuk rakyat hadir.

Adakah Muhyiddin sudah menjadi munafik secara terang-terangan dan sanggup “menjilat ludahnya” kembali semata-mata ingin menuruti kehendak peribadi Tun Dr Mahathir Mohamed dan Lim Kit Siang?


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana