Video : Azmin Mana? Takkan Nak Mandi Di Tol LEKAS, Soal Penduduk

SEMENYIH – “Tak ada air macam mana? nak mandi di tol LEKAS?,”soal seorang penduduk di Apartment Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma, Semenyih yang masih mengalami gangguan bekalan air sejak 22 Sept lalu, berikutan penutupan Loji Rawatan Air Semenyih akibat dari pencemaran sungai.

Tinjauan SuaraTV mendapati, ramai penduduk masih melahirkan keluhan kerana sudah hampir 20 hari mereka ‘terseksa’ disebabkan ketiadaan air di kawasan tersebut.

Menurut Saraswathi Mariapan, penduduk disitu hanya boleh mengambil air pada masa yang ditetapkan.

“Pada jam 11.30 ke 12.30 sahaja boleh ambil air. Bagaimana saya nak ambil sebab saya terpaksa ambil anak sekolah pada jam tersebut,”katanya.

Sebelum ini, beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sejak 22 Sept lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air Semenyih akibat pencemaran sungai. – SuaraTV

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana