UMNO sudah masuk gear ‘menyerang’…

Dari gaya cakap Tan Sri Annuar Musa besar kemungkinan ada  ‘kejutan-kejutan’ bila Penerangan UMNO Malaysia memulakan roadshow atau siri jelajah secara berterusan ke seluruh negara mulai 7 Oktober ini untuk menangkis persepsi negatif yang dicetus pembangkang.


Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu kata mulai sekarang UMNO akan bertindak ‘menyerang’ yakni masuk gear offensive dan tidak lagi defensive seperti masa lampau.

Siri jelajah itu akan dilipatgandakan secara intensif di peringkat bahagian dan akar umbi.


‘Wake up’ serunya kepada jentera penerangan UMNO di semua peringkat agar gembeling tenaga dalam gerakan untuk lawan habis-habisan sebarang usaha pembangkang untuk jejaskan parti dan kerajaan.


‘It’s now or never’….katanya membayangkan tugas besar yang bakal dipikul oleh Penerangan UMNO dalam siri jelajah itu.

"Kita nak tengok kebangkitan jentera UMNO di semua peringkat untuk berhadapan dengan penuh keyakinan bawa mesej dan dasar perjuangan parti,"tegasnya.


Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur Isnin.

"Mesyuarat hari ini putuskan kita perlu menukar gear...dari gear defensive kepada gear yang lebih offensive,"katanya.

Katanya dalam perang persepsi kini menunjukkan banyak persepsi negatif yang tidak gambarkan situasi sebenar.

Menurutnya apa jua persepsi negatif harus ditangani di semua peringkat.

Mesyuarat itu dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa Penerangan UMNO pusat,Ketua Penerangan negeri-negeri dan sayap-sayap parti.


Katanya usaha berkenaan akan diperluaskan ke peringkat Barisan Nasional.

"Tak usahlah tuding jari orang itu lemah...orang inilah kuat,"katanya.


Menurut Annuar amat penting BN dilihat bergerak sebagai satu pasukan yang bersatu dalam usaha berkenaan.


“Kalau ada kelemahan mana-mana parti komponen.Kita akan saling bantu membantu.Jangan kita 'run down' rakan kita,”tegasnya.


Annuar berkata kebelakangan ini pembangkang main pelbagai isu dan tohaman terhadap parti dan kerajaan.


Katanya sekalipun parti dan kerajaan tidak wajar merasa ‘ terganggu’ dengan mainan mereka dan terus fokus kepada usaha selesai pelbagai permasalahan rakyat,namun ia tidak boleh dipandang remeh.


Annuar juga memberitahu mulai sekarang,beliau akan adakan sesi bertemu media pada setiap bulan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk memberi penerangan lanjut mengenai keputusan-keputusan majlis itu serta jawab mengenai isu-isu semasa.


Sesi itu adalah selain dari sidang akhbar biasa yang diberikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sejurus selesai mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.


“Ini bertujuan membentu persefahaman lebih mendalam dan berkongsi maklumat-maklumat yang relevan yang diputus oleh parti.


“Saya selaku Ketua Penerangan merasakan perkara-pekara yang kita boleh kongsi dengan media kita kongsi supaya media memahami lebih mendalam sikit,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana