UMNO-PAS Langkawi bertemu bincang tentang RUU...Untuk Kebaikan Islam Bersama

UMNO dan PAS Langkawi semalam mengadakan pertemuan dalam satu majlis tertutup bagi membincangkan tentang Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat menerusi persidangan bermula Isnin ini.

Terdahulu, PAS Langkawi menyerahkan memorandum khusus kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, memintanya menyokong usul tersebut.

Memorandum disertakan tanda tangan sokongan penduduk di pulau pelancongan berkenaan diserahkan Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad, yang diiringi Setiausahanya, Omar Kasim, di hadapan kira-kira 400 pemimpin UMNO tempatan yang mengikuti taklimat tertutup di Adya Hotel, di sini.

Zubir ketika ditemui berkata, penyerahan memorandum itu adalah inisiatif untuk memastikan RUU 355 mendapat sokongan wakil rakyat beragama Islam.

“Pertemuan ini sangat bersejarah kerana kami datang untuk memohon Ahli Parlimen Langkawi menyatakan sokongan terhadap pindaan itu, walaupun antara kita ada perbezaan fahaman politik.

“Ini pastinya atas hasrat melihat perkara berkenaan menjadi kenyataan dan amanah itu terpikul di bahu Ahli Parlimen yang akan bersidang di Dewan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Nawawi menyatakan kesediaan menyokong cadangan pindaan RUU 355 dibawa PAS dan melihat akta itu perlu diperkasakan demi kepentingan umat Islam negara ini.

“Saya terharu kerana PAS datang menyerahkan memorandum ini di hadapan pemimpin UMNO tempatan dan ia menjadi sejarah baharu kepada warna politik di pulau ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana