UMNO beri penghargaan kepada jaguh Olimpik dan Paralimpik Rio 2016...Parti Lain Ada Bagi Macam UMNO Ni?

Penghargaan demi penghargaan terus diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pemenang pingat di Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016.

Jumaat tiba giliran UMNO pula beri penghargaan kepada atlet negara yang telah berjaya mengharumkan nama negara seterusnya mencipta sejarah tersendiri di peringkat dunia.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sukan merupakan salah satu cabang penting dalam pembangunan negara dalam usaha menuju sebuah negara aman, makmur dan sejahtera.

"Sebagai parti politik yang menjadi tulang belakang mempolopori pejuang dasar kerajaan ,UMNO terpanggil untuk mengadakan majlis bagi menghargai wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio 2016," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Wira dan Wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib yang juga merupakan Perdana Menteri turut menggariskan tiga harapan terhadap atlet negara yang telah membawa pulang kejayaan yang membanggakan.

"Saya nak kita terus memberi penghargaan kepada atlet negara kerana pencapaian mereka yang luar biasa. Kedua, ceritera mereka harus dijadikan sebagai iktibar, rangsangan, inspirasi, bukan sahaja untuk ahli sukan tetapi kualiti, nilai, pengorbanan dan komitmen yang diberikan membuktikan mereka juga boleh berjaya dalam lapangan yang lain.

"Ketiga, jadikan kejayaan mereka sebagai batu loncatan bagi meraikan kejayaan yang lebih besar lagi dalam bidang sukan kerana ia mampu menaikkan 'mood' dan menjadi bidang popular dan dekat di hati masyarakat," katanya.

Najib dalam nada berseleroh turut berkata "tiap kali saya tweet pasal sukan, mesti dapat komen yang banyak...tetapi bila tiba bab politik, sikit je komen".

Pada majlis tersebut, UMNO menyerahkan cenderahati dan wang saguhati sebanyak RM30 ribu kepada pemenang pingat emas, RM20 ribu kepada pemenang pingat perak dan RM10 ribu kepada pemenang pingat gangsa.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin, barisan Exco Pemuda dan Puteri UMNO serta barisan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Atlet negara yang berjaya meraih pingat di Olimpik Rio ialah Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran), beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong,Pandelela-Cheong Jun Hoong (terjun) dan Datuk Lee Chong Wei (badminton) masing- masing meraih pingat perak, manakala Azizulhasni Awang (berbasikal) memenangi pingat gangsa.

Bagi Sukan Paralimpik di Rio, atlet yang telah berjaya meraih pingat ialah Mohd Ridzuan Mohd Puzi menerusi acara lari 100meter, Abdul Latif Romly menerusi acara lompat jauh dan Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru yang masing-masing merangkul pingat emas manakala Siti Noor Radiah Ismail memenangi pingat gangsa dalam acara lompat jauh wanita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana