Uber Malaysia sambut baik inisiatif Bajet 2017

SHAH ALAM: Uber Malaysia melahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengiktiraf kesan positif perkhidmatan perkongsian kenderaan ke atas sosioekonomi golongan B40.

Pengurus Besar Leon Foong berkata, dengan menyediakan pilihan mata pencarian dihujung jari kepada semua rakyat, ia membantu pemandu Uber menampung keluarga dan diri sendiri, tanpa kekangan dalam mengejar cita-cita mereka.

“Kami memuji kerajaan kerana membentangkan belanjawan yang pintar dan berteraskan rakyat.

“Inisiatif ini jelas menyediakan pertumbuhan ketara dan pemberdayaan ekonomi. Ini satu kemenangan untuk industri perkongsian kenderaan dan menunjukkan kepimpinan yang berwawasan,” kata Leon dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan bajet semalam berkata kerajaan mengalakkan penyertaan golongan B40 dalam industri perkongsian kenderaan seperti Uber, terutamanya bagi pemilik kenderaan sendiri.

“Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan rebat sebanyak Rm4,000 bagi pembelian kereta Proton Iriz,” umum Najib, dalam belanjawan yang bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’.

Langkah Najib ini sudah dijangka memandangkan kerajaan sendiri dilaporkan melabur dalam Uber melalui Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Pada 17 Oktober lepas, 50 pemandu teksi menyerahkan memorandum kepada para ahli Parlimen yang menghadiri sesi pertama Dewan Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Kereta Sewa Malaysia Menentang Grab dan Uber, Jefri Jaafar Tukeman berkata mereka membantah tindakan kerajaan menghalalkan perkhidmatan perkongsian kenderaan, kerana melanggar Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Sementara itu, syarikat itu menyatakan keterujaan mereka kerana dapat bekerjasama dengan Proton.

“Ini langkah yang pertama seumpamanya di dunia. Sepertimana Uber peneroka utama industri perkongsian kenderaan, Proton juga peneroka industri automotif di Malaysia," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana