Tunggu dulu...Mahkamah Persekutuan akan umum kemudian keputusan semakan kes liwat Anwar

Perhatian bertumpu ke komplek Istana Kehakiman di Putrajaya sejak pagi Rabu dimana Mahkamah Persekutuan sedang bersidang mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk semak keputusan bersalah dan penjara lima tahun meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Ini adalah saluran undang-undang terakhir bagi bekas ketua pembangkang itu dalam usaha untuk dapatkan pembebasan dari kes itu.

Sejak bersidang dari pagi hingga tidak lama selepas waktu rehat tengahari mahkamah itu beres mendengar hujah dari pihak pembela dan pendakwa.

Namun keputusan tidak dibuat serta merta.Penal lima hakim akan mengkaji semua hujah yang dikemukakan.

Keputusan samaada Anwar kekal bersalah atau sebaliknya akan diumumkan oleh penal hakim pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Sekalipun PKR jenuh pukul canang menerusi pelbagai saluran ajak penyokong berkumpul sekitar komplek mahkamah untuk tunjuk solidariti pada bos mereka...tidak sampai 500 orang yang kelihatan berlegar di situ.

Itu pun kebanyakan mereka dilihat dibawa ke Putrajaya menaiki bas rombongan.

Turut hadir di situ ialah sekumpulan yang mendokong keadilan untuk Saiful.

Penal lima hakin diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersidang mendengar permohonan Anwar.Empat lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah,  Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Ketua perbicaraan dan bahagian rayuan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mengetuai pasukan pendakwaan dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.

Sementara Anwar diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, Latheefa Koya, R. Sivarasa, J.Leela dan Shahid Adli Kamaruddin.

Anwar berdepan kegagalan pertama pada prosiding hari ini bila usahanya mendesak penal lima hakim itu tarik diri ditolak.

Panel lima hakim sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati permohonan yang dibuat menerusi Sri Ram tiada merit.

Hakim Zulkefli berpendapat, panel bersidang tidak akan bersikap berat sebelah ketika mendengar permohonan itu dan memberi jaminan akan berlaku adil kepada Anwar berdasarkan fakta dan keterangan kes yang dikemukakan.

Dalam hujahnya Sri Ram beri alasan  permohonan itu merujuk kepada komen yang dibuat oleh Hakim Zulkefli ketika memutuskan keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan ?Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff tidak akan digunakan sebagai bukti dalam permohonan semakan Anwar.

Maka prosiding diteruskan.

Anwar kini menjalani hukuman lima tahun penjara selepas pada 10 Februari tahun lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menolak rayuan Anwar agar dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara.

Beliau didakwa meliwat Saiful yakni bekas pembantu peribadinya , 31, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana