Tun M, Muhyiddin Bersifat Tamak Kata Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah dua orang yang bersifat tamak sehingga sanggup menubuhkan parti baharu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Abdul Shahrir Samad.

Shahrir berkata, seharusnya kedua-dua mereka bergabung dengan PKR sahaja dan bukannya menubuhkan parti lain.

“Sepatutnya mereka berdua ini bergabunglah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja dan kenapa nak tubuh parti pembangkang lain?

“Ini menunjukkan mereka tamak dan masing-masing mahu jawatan tertinggi sekiranya berjaya menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 nanti,” katanya, memetik sebuah portal.

Abdul Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, pertandingan dua penjuru pada PRU-14 tidak akan berlaku berdasarkan ketidaksefahaman dalam pembangkang hari ini.

“Daripada awal lagi dah nampak tiada persefahaman, tak payahlah nak berangan-angan untuk memerintah negara sebab nanti akan jadi lebih huru hara berebut jawatan.Kalau Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai parti PKR, di situ mungkin nampak sedikit kekuatan pembangkang.

“Tetap akan berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi kalau pun berlaku pertandingan satu lawan satu, BN tidak gentar kerana rakyat lebih yakin dengan parti kerajaan hari ini yang telah banyak berjasa sejak dulu lagi,”katanya.

Tambahnya, rakyat akan tolak pembangkang kerana melihat bagaimana sukarnya pakatan itu untuk membentuk satu persefahaman.

“Yang pasti ia akan memporak perandakan negara jika mereka menang,” ujarnya.

Beliau berkata, melihat kepada semua pembangkang tidak akan bersatu, ini merupakan peluang kepada BN untuk memenangi semua kerusi pada PRU-14 nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana