Tun M ditemplak hanya tumpu Proton, tidak pengangkutan awam...Tentu Ada Sebabnya....?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bekas pemimpin terdahulu tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada masalah pengangkutan awam yang merupakan antara enam bidang yang menjadi kebimbangan rakyat negara ini.

Ini kerana bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan hanya terlalu sibuk memberikan tumpuan kepada syarikat Perusahan Automobil Nasional (Proton).

“Dia lebih fokus kepada menambahkan kenderaan terutama Proton, tetapi semua benda kena ada hadnya.

“Tak ada salahnya hasilkan lebih banyak kenderaan penumpang tetapi kita kena ada sistem pengangkutan awam yang efisien dan boleh diharap,” kata Najib.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 dan Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Di dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan kerajaan untuk melakukan transformasi kepada pengangkutan awam darat tidak terjejas walaupun dalam keadaan ekonomi global.

Pelbagai projek untuk mentransformasi pengangkutan awam akan terus dilaksanakan demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, kesalinghubungan rel bandar yang giat dibangunkan menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan ke arah mengubah industri pengangkutan awam darat.

“Ini mencakupi projek infrastruktur utama seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Singapura, Mass Rapid Transit (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) untuk masa depan negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana