Tun M bukan peguam tahu selok-belok undang-undang, kata Nazri

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah individu yang layak untuk bercakap dalam soal perlembagaan.

Ini kerana menurut Nazri, Mahathir merupakan seorang doktor dan tidak tahu selok-belok undang-undang seperti beliau.

Sambil menegaskan, hanya undi tidak percaya yang dibuat dalam Parlimen boleh menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selain melalui Pilihan Raya Umum yang akan datang.

"Dia (Mahathir) bukan peguam, dia doktor. Saya peguam, saya tahulah. Setiap Agong hanya boleh melantik ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

"Selagi individu itu mendapat sokongan majoriti parlimen, selagi itulah dia akan menjadi perdana menteri. Dan sehingga kini, Datuk Najib masih lagi mendapat sokongan tersebut," katanya kepada media semalam dalam satu program.

Katanya lagi cara mengumpulkan tandatangan rakyat ternyata sia-sia, adalah lebih baik menggunakan parti baru yang diasaskan beliau untuk melawan Barisan Nasional (BN).

"Kalau beliau cerdik, kenapa buat kerja gila untuk dapatkan sejuta tanda tangan untuk jatuhkan perdana menteri? Itu bukan cara untuk menjatuhkan seorang pemimpin.

"Dia dah buat parti baru, lawanlah kita.

Dalam perkembangan lain, Nazri turut membidas perlembagaan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mengehadkan tempoh seseorang perdana menteri memegang jawatan tersebut kepada dua tahun.

Menurut beliau, had yang dikenakan tersebut tidak masuk akal berikutan pemimpin yang juga antara pengasas parti serpihan Umno itu pernah menjadi perdana menteri selama lima tahun.

"Masa dia(Mahathir) jadi Perdana Menteri dulu kenapa tidak buat begitu? Masa dia jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, lima penggal bukan main seronok lagi dia. Dia dah rasa sedap semua, dia nak hadkan pula.

"Kalau kita hadkan dua penggal, dia tak layak jadi perdana menteri. Dia faham tak apa yang dia buat tu? Jika kita buat dua penggal, secara langsung dia terbatal sebagai bekas perdana menteri.

Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini, mengumumkan bahawa perlembangaan parti itu mahu mengehadkan jawatan perdana menteri kepada dua tahun bagi mengawal kerosakan yang bakal dibuat oleh mana-mana bakal penyandang jawatan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana