Tukar Kerajaan: Kenapa Tak Nak Tunggu PRU14?Kan Bangang Dah MADEY Ni....Apa Salahnya Tunggu Ajer lah

PENULIS berharap pihak berkuasa peka dengan situasi dimana ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya seakan tidak mahu menunggu sehingga pilihanraya umum diadakan untuk membuat perubahan kepada kerajaan dan pemimpin.

Kenyataan yang membayangkan bakal berlakunya perubahan di 3 kerajaan negeri sebelum pilihanraya umum akan datang dan pilihanraya sudah menjadi ‘jalan terakhir’ sekiranya mesyuarat raja-raja yang bakal berlangsung esok tidak berjaya mengubah kerajaan sedia ada – adalah antara situasi yang dimaksudkan.

Sekalipun perlembagaan negara menggariskan beberapa kaedah yang membolehkan kerajaan ditukar selain dari pilihanraya tapi pilihanraya masih kaedah terunggul untuk menukar kerajaan dan pemimpinnya kerana ia melibatkan rakyat secara keseluruhan.  Lagipun bukan lama lagi masanya, maksimum 2018, kurang 2 tahun dari sekarang.

Entah-entah lebih awal lagi.

Kaedah-kaedah selain pilihanraya (untuk mengubah kerajaan) dalam perlembagaan itu yang sepatutnya jadi jalan terakhir, bukan pilihanraya!!   Ni kenapa macam bunyi orang tak yakin akan menang kalau pilihanraya diadakan?  Kata parti baru ada berjuta ahli, sana orang sokong sini orang sokong, kenapa masih nak guna jalan selain pilihanraya untuk tukar kerajaan?

Biasanya, orang yang ada kepentingan peribadi dan agenda tertentu saja yang mahu perubahan kerajaan berlaku tanpa melalui proses pilihanraya dan rakyat tidak sepatutnya diheret dalam kancah pergelutan kuasa yang tidak ada kesudahannya ni.

Apatah lagi bulan November nanti dijangka akan berlaku pertembungan 2 kumpulan bertentangan dalam satu siri demonstrasi dan kita bimbang akan ada pihak mengambil kesempatan untuk mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjadikan itu sebagai alasan untuk menukar kerajaan lebih awal.

Harap semua pihak yang berkenaan ambil perhatian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana