Tuduh Jururawat Tidur & Makan Gaji Buta, Lelaki Ini Ditegur Sampai Deactivated Facebook

Zaman sekarang, smartphone amat murah dan mudah dimiliki. Labur saja RM300 ke atas, anda sudah mampu memiliki smartphone siap dengan kamera. Disebabkan itu juga, ada segelintir individu suka merakam gambar orang lain tanpa kebenaran kemudian viralkan di media sosial dengan kapsyen atau cerita yang tidak betul.

Itulah yang berlaku pada beberapa kakitangan Hospital Pulau Pinang, yang dituduh makan gaji buta oleh Badruz Mohd Zaki. Bagaimanapun, Badruz telah menyahaktifkan Facebooknya setelah menyedari dirinya menjadi bahan kritikan netizen.

Menjawab dakwaan tidak berasas Badruz itu, Ayah Dean tampil memberikan jawapan balasnya.

1. Semua jururawat adalah manusia. We are human not perfect. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita yang manusia ini? Pasti akan melakukan kesilapan antara sedar atau tidak.

2. Jururawat-jururawat yang bertugas juga ada keluarga seperti anda semua. Anak-anak, isteri, suami, ibu dan ayah. Pendek kata, jururawat-jururawat juga mempunyai insan-insan yang memerlukan perhatian mereka. Jadi anda fikirkanlah macam mana nak tidur di siang hari sedangkan anak-anak pun nak kena tengok, suami pun kena bagi makan walaupun malam hari kena kerja.

3. Jururawat juga adakalanya tidak sempat nak makan dan solat. Pengalaman sendiri kalau kerja pagi, datang kerja dapat minum air pun dah syukur nikmat. Kalau kerja petang pula, nak solat Asar dan Maghrib terkejar-kejar. Kadang-kadang solat di hujung waktu.

4. Kami yang jururawat ini nak pergi tandas membuang air kecil/besar pun tak sempat. Hish! Malu nak cerita tetapi inilah hakikat tugas seorang jururawat. Kalau nak pergi ke tandas, rasa serba salah kerana kena tinggalkan pesakit (walaupun 5 minit).

5. Kadang-kadang kami kena marah dengan ibu bapa kami atau saudara mara kami sebab bila kenduri, kam itak dapat balik atas alasan bertugas. Pesakit ramai, jadi kami terpaksa korbankan diri untuk bertugas. Kalau anda mempunyai saudara mara bertugas sebagai jururawat, cuba tanya berapa banyak cuti tahunan mereka. Confirm jawapannya, berkepuk-kepuk lagi cuti mereka ada.

Setahun ada 25 hari tak termasuk cuti am. Rasanya kalau cuti itu dijual, boleh kaya. Sebab itulah cuti tahunan yang lebih, kami kena bawa pergi jadi award wang tunai. Claim bila pencen kelak. Nak carry tahun berikutnya pun rasanya cuti tahunan tahun depan pun tak terusik. Betul tak wahai jururawat sekalian?

6. Bila tiba bulan puasa, lagi sedih. Solat sunat terawih itu adanya hanya pada bulan Ramadhan. Kadang-kadang dalam sebulan dapatlah buat sikit, jadilah daripada tak ada langsung tetapi kalau boleh nak buat setiap malam. Namun, tak merasa nak pergi setiap malam dan jarang dapat berbuka puasa bersama keluarga. Walaupun begitu, jururawat semua masih berdedikasi melakukan tugasnya memikirkan pesakit yang terlantar itu adalah amanah.

7. Kami digelar dengan pelbagai gelaran yang kurang elok. Pengalaman sendiri, anak pesakit pernah tanya,

"Awak tak geli ke basuh berak dan kencing orang? Balik rumah lalu ke nak makan?"

Kami hanya mampu tersenyum dan menjawab, "Kami sudah dilatih untuk melakukan ini semua. Kalau bukan kami yang melakukannya, siapa yang nak lakukan? Walau seorang anak pun belum tentu mereka sanggup nak mencuci berak kencing mak ayah mereka sendiri. Ini semua adalah amanah dan kami ikhlas melakukannya.

Anda kata: "Kerja sebagai jururawat itu senang, setakat cuci berak orang."
Kami kata: "Cuba tengok dan kerja untuk satu syif pun dah cukuplah."

Anda kata: "Kalau sibuk, takkan boleh makeup cantik-cantik?"
Kami kata: "Kekemasan itu perlu, kita suka tengok yang cantik kan? Kalau pesakit tengok 'misi' berserabut, semakin teruklah sakitnya."

Anda kata: "Jururawat berkumpul di kaunter dan mengumpat saja."
Kami kata: "Banyaknya dokumen yang kami kena tulis. Kalau nak discaj pesakit pun banyak borang yang perlu diisi. Takkan nak kena isi di atas meja pesakit? Itu sajalah kaunter untuk jururawat buat kerja."

Anda kata: "Jururawat tak pandai menguruskan masa."
Kami kata: "Tolong tunjuk pada kami macam mana nak uruskan masa. Satu syif pun jadilah, awak masuk kerja, buat contoh pada kami yang tidak pandai menguruskan masa ini."

Kami tidak meminta untuk disanjung, kami hanya minta untuk dihargai. Kami tak minta anda memuji tetapi kami juga tidak mahu dikeji. Kami cuba melakukan yang terbaik kerana kami juga adalah manusia yang akan sakit.

Kami juga ada ibu bapa, kami juga tidak mahu ibu bapa kami atau anak kami dilayan dengan teruk ketika sakit. Jadi bersama-samalah kita menjaga. Jika ada yang tidak berkenan, tegurlah secara berhemah tanpa perlu meninggikan suara, kata-kata kesat kerana setiap teguran dapat difahami dengan bahasa yang lembut dan berhikmah. - The Reporter

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana