TM tawar Internet dua kali lebih pantas tahun depan...Akan Upgrade Untuk Pelanggan

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) akan menawarkan pakej jalur lebar berkelajuan sehingga dua kali ganda lebih tinggi pada harga yang sama seperti sekarang, bermula Januari depan. Di bawah program yang dinamakan Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar itu, pelanggan jalur lebar TM akan menikmati purata kepantasan jalur lebar lebih tinggi dan purata harga bagi setiap satu megabit sesaat (Mbps) yang lebih rendah. Naib Presiden Eksekutif Pengguna & Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) TM, Imri Mokhtar, berkata proses naik taraf yang akan dibuat secara berperingkat itu akan dimulakan pada Januari 2017 dan merangkumi semua pelanggan jalur lebar yang layak. Beliau berkata, bermula pada tahun depan juga, TM akan memperkenalkan tawaran jalur lebar bernilai lebih tinggi baharu kepada mereka yang belum melanggan pakej UniFi.

 "Proses naik taraf (kelajuan) bergantung kepada tahap kesediaan teknikal di satu-satu kawasan. Ia tidak akan dibuat dengan segera dan TM akan melaksanakan kerja naik taraf ini secara berperingkat," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman. Imri menjelaskan, di bawah program penambahbaikan berkenaan, sebahagian pelanggan TM akan ditawarkan pelan langganan paling hampir tertinggi daripada pelan sedia ada yang dilanggan sekarang ini pada harga serupa.

 "Sebagai contoh, pelanggan pelan VIP10 UniFi akan ditawarkan pelan Advance Plan 30, iaitu pakej paling hampir tertinggi selepas itu," katanya. Beliau berkata, harga bagi setiap Mbps juga sudah diturunkan sejak UniFi dilancarkan, yang mana pakej permulaan berkurangan daripada 5Mbps bagi RM149 kepada 30Mbps bagi RM199. "Ini mewakili penurunan 78 peratus dalam harga keseluruhan bagi setiap megabit," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana