Tinggalkan DAP, baru PAS kerjasama : Nasruddin

PAS meletak syarat kepada parti pembangkang lain mahu menjalinkan kerjasama dengan mereka supaya meninggalkan DAP terlebih dahulu sebelum sebarang rundingan atau perbincangan diadakan dengan mereka.

Kata dua itu diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan dalam satu kenyataan, yang menyifatkan sifir mudah sebelum sebarang kerjasama dibuat ialah parti yang bekerjasama dengan DAP perlu meninggalkan parti itu yang menentang Islam.

“Realitinya, DAP masih tegar menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

“Maka polisi semasa PAS ialah menolak DAP dan mana-mana parti yang mendukung serta bekerjasama dengan DAP. Justeru itu, sifir mudah bagi mereka yang mahu bersama Pas ialah meninggalkan DAP dan datang kepada PAS dengan semangat setia kawan yang tinggi serta mematuhi syarat mudah iaitu menghormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Inilah penyelesaian kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nasruddin, parti tersebut sudah mempunyai pengalaman dalam politik tanahair dan menyertai banyak pakatan politik, bahkan mereka mampu mengharungi cabaran tanpa memerlukan kerjasama dengan parti lain.

“PAS sudah berpengalaman menyertai pelbagai bentuk pakatan politik. Antaranya ialah Perikatan, APU, CCC, Barisan Alternatif, PR dan kini Gagasan. Mengolah segala pengalaman yang dimiliki, PAS menegaskan secara muktamad bahawa kini sudah sampai masanya Pas memimpin perubahan. Suatu perubahan yang menuju kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredaan Allah.

“Siapa pun boleh mengharapkan PAS sebagaimana mereka juga pada bila – bila masa boleh datang kepada PAS untuk menyertai gagasan memimpin perubahan ini.

“Syaratnya terlalu mudah malah senang untuk dihafal iaitu hormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS,” katanya.

Beliau juga menegaskan PAS tidak mudah terpedaya dengan mana-mana parti seperti yang didakwa dikatakan mereka sudah dipengaruhi oleh UMNO.

“1001 fitnah dan tohmahan telah dilontarkan kepada PAS. Kononnya Pas makan dedak UMNO, mesra UMNO, masuk perangkap UMNO, ditipu oleh UMNO dan sebagainya.

“Objektif mereka ialah memberi persepsi negatif kepada PAS. Namun realitinya, PAS tidak mudah untuk diperdaya oleh mana-mana pihak. Ia berjuang di atas paksinya yang teguh iaitu manhaj perjuangan Islam yang dianuti dan prinsip kebenaran yang didukung,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana