Tiada unsur sabotaj dalam siasatan awal Sungai Semenyih

Jabatan Alam Sekitar tidak menemui sebarang unsur sabotaj dalam siasatan awalnya mengenai pencemaran Sungai Semenyih, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Sehingga sekarang, dalam siasatan kami tidak menjumpai apa-apa, namun kami kami tidak menolak sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahad lepas, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan sebagai berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan “kecenderungan unsur sabotaj” oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Mohamed Azmin berkata laporan polis telah dibuat Lembaga Urus Air Selangor bagi menyiasat pencemaran sungai berkenaan.

Wan Junaidi berkata kementeriannya memandang serius dakwaan Mohamed Azmin dan berharap kerajaan negeri dapat mengemukakan bukti yang kukuh kepada pihak berkuasa.

Wan Junaidi berkata mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj secara sengaja terhadap tempat tadahan air boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

“Sabotaj ini merupakan kes serius dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang darurat kerana ia melibatkan lebih dua juta pengguna air,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berharap isu pencemaran sungai berkenaan tidak dipolitikkan kerana sumber air merupakan keperluan utama orang ramai. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana