Tiada masalah PAS bekerjasama dengan parti lain kecuali DAP, PAN

PAS bersedia mengadakan perbincangan untuk menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti dalam blok pembangkang, termasuk parti baru yang diasaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Walau bagaimanapun menurut Ketua Dewan Ulamanya Datuk Mahfodz Mohamed, PAS menolak untuk berbincang, apatah lagi bekerja sama dengan DAP dan PAN.

“Dulu DAP yang  singkirkan kita, lepas itu PAS dalam muktamar putuskan hubungan dengan DAP. Kerana DAP memang menentang Islam berterusan, Presiden kita (PAS) dah tegaskan tidak akan bekerjasama dengan DAP.

“Begitulah juga dengan PAN, PAN itu merupakan parti yang kecewa dengan PAS. Kita juga anggap (mereka) mengkhianati perjuangan PAS. Maka ketika ini kita memang tidak akan bekerjasama dengan kedua parti.

mahfodz-pan-dap“Tapi yang lain, kita boleh berbincang. Macam sekarang dengan IKATAN. Mungkin dengan parti baru Bersatu (PPBM), walaupun kita belum membuat keputusan.

“Tetapi itulah dasarnya, mana-mana parti yang nak kita bersama, mestilah syarat utamanya (dan) menerima dapat bersama-sama memahami perjuangan Islam. Jangan masuk campur, walaupun dia tak suka, diam sajalah,” tambah Mahfodz.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan kerjasama parti itu bersama blok pembangkang.

Tuan Ibrahim membayangkan bahawa parti itu tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan parti pembangkang yang lain, terutama PKR dan DAP.

Ini kerana katanya, mereka sering menyerang dan memfitnah presiden dan PAS tetapi mahu menjalin kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebaliknya parti itu mahu memperkukuhkan blok Gagasan Sejahtera.

Menurut Mahfodz lagi, kesediaan PAS untuk berbincang dengan blok pembangkang ketika ini adalah kerana transformasi yang dibuat parti itu dalam kaedah politiknya yang mengamalkan kematangan dan kesejahteraan.

Kita sekarang ini mempunyai kaedah yang baru dalam politik ini, berdasarkan kepada politik matang dan sejahtera. Kita boleh bekerjasama dengan mana-mana parti politik khususnya yang menyokong untuk mendaulatkan Islam,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana