Tiada Apa Yang perlu Digerunkan Dengan Tindakan Terkini

Nama Datuk Seri Shafie Apdal sememangnya bukan asing dalam politik di Sabah. Sejak beberapa penggal yang lalu, beliau dilihat tidak dicabar untuk menguasai kerusi Parlimen Semporna. Beliau yang dilihat antara rakan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib, mencapai kemuncak kerjaya politik apabila di pilih sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Namun, politik nyata tidak mengenal erti kawan mahupun lawan. Tindakannya yang secara tiba-tiba bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib, nyata telah mencalar reputasinya sebagai ahli politik berbakat yang pernah dilahirkan dari Sabah. Tindakannya ini telah membawa namanya digugurkan daripada Menteri Kabinet dan seterusnya di keahlian UMNOnya di gantung.

Melihat akan hal ini, beliau secara sukarela mengumumkan keluar daripada UMNO. Tindakan ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana beliau disifatkan sebagai ahli politik yang bercita-cita tinggi. Setelah beberapa ketika mendiamkan diri, beliau muncul di pejabat ROS untuk mengambil alih sebuah parti kecil bagi meneruskan perjuangan politiknya.

Mengulas tentang hal ini, Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Zulkarnain Mahdar berkata tindakan Shafie Apdal yang mengambil alih parti sedia ada yang telah berdaftar di Sabah, bukan suatu perkara yang luar biasa dan perlu digeruni. Sebaliknya, beliau menyifatkan, ia menunjukkan betapa suburnya demokrasi di Malaysia, kata Zulkarnain.

Beliau berkata tindakan Mohd Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna itu, sedikit pun tidak akan mengubah keyakinan anggota UMNO Sabah untuk terus setia bersama parti berkenaan, malahan menurut Zulkarnain ia akan memperkuatkan lagi keyakinan semua anggota UMNO di negeri ini.

Beliau juga mengesahkan bahawa ramai wakil rakyat daripada pembangkang kini menyertai parti yang diketuai oleh Shafie namun beliau juga mengatakan bahawa, ianya merupakan satu taktik mempromosikan parti berkenaan yang kelihatan bersifat popular sementara.

Malah, ia jelas sama sekali tidak akan mengubah landskap politik di Sabah, di mana diketahui umum majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika ini dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) dengan 48 kerusi.

Dalam perkembangan yang sama, Zulkarnain, yang juga Pengerusi Pakatan NGO Pro Barisan Nasional berkata Shafie gagal membantu menangani masalah jalan, air dan elektrik khususnya di Sabah semasa menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebelum ini. Beliau telah diberikan peluang keemasan mengetuai KKLW, namun gagal walaupun diberikan peruntukan berbilion ringgit setahun.

Malah, menurutnya lagi, walaupun telah wujud pinjaman untuk peniaga dan usahawan tanpa penjamin dan cagaran di bawah kementeriannya pada masa itu langsung tidak dimanfaatkan untuk membantu rakyat Sabah. Ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada rasa tidak puas hati rakyat terhadap sikap dan cara Shafie semasa mengetuai KKLW termasuk penduduk di Parlimen Semporna sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana