Terbaik lah....PAS tiada kerjasama dengan PPBM tegas Tuan Ibrahim

Berbagai laporan media dan kenyataan syok sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebabkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa mengeluarkan kenyataan tegas menafikan parti tersebut sudah mengadakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Penafian tegas itu penting sebab ahli-ahli PAS akar umbi pun keliru, tengok cara Muhyiddin cakap macam PAS ini sudah masuk dalam 'poket' PPBM lah.
Sedangkan menurut Tuan Ibrahim  parti itu tidak menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti lain kecuali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dipimpin oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dinamakan Gagasan Sejahtera.
“Oleh itu, PAS akan mengutamakan Gagasan Sejahtera berbanding gabungan dengan parti-parti lain,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kenyataan itu susulan usaha PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berunding dengan parti Islam itu agar bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang dengan Pakatan Harapan memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang Barisan Nasional (BN).
Baru-baru ini, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sudah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ke arah itu.
Tuan Ibrahim berkata ura-ura kerjasama PAS dengan parti lain tidak benar sehingga ada kenyataan rasmi.
Beliau bagaimanapun berkata pintu PAS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak lain selagi selari matlamat dengan Gagasan Sejahtera, tetapi “bukan jenis mengambil kesempatan semata-mata”.
Sebelum ini, Muhyiddin mencadangkan PAS memberi laluan kepada PPBM untuk bertanding di kawasan yang dimenangi BN.
Cadangan itu bagaimanapun disambut dingin PAS, dengan salah seorang bekas calonnya mempersoalkan PPBM yang membuat tuntutan itu walaupun tiada jentera dan ahli.
Mengulas perkata itu, Tuan Ibrahim berkata PAS akan mempertahankan kerusi tersebut.
“Setakat ini, PAS akan pertahankan kerusi yang menjadi tradisi parti, yang kebanyakannya bertembung dengan Umno, dengan segala kemampuan yang ada,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana