Tak sudah-sudah dengan perhimpunan…

PKR hendak mewarnai permohonan semakan semula keputusan bersalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman Putrajaya 12 Okober ini dengan ‘sokongan  jalanan’.

Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 telah memutuskan Anwar bersalah meliwat dan kenakana hukuman lima tahun penjara.

Semakan semula ini adalah saluran perundangan terakhir baginya dalam usaha untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Naib Presiden PKR Tian Chua Jumaat adakan sidang akhbar mengajak para penyokong berkumpul di Istana Kehakiman pada hari itu.

Sekalipun perhimpunan itu dilihat usaha untuk mewujudkan tekanan keatas mahkamah,beliau beri alasan ia untuk menunjukkan kesungguhan rakyat mahukan perubahan di negara ini.

Semasa perbicaraan kes liwat Anwar dulu,PKR dan puak pembangkang adakan beberapa perhimpunan yang diwarnai pelbagai aksi termasuk menghina hakim dan mahkamah.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment