Tak mahu kena tunggung... punca PAS enggan sertai BERSIH 5

Harapan DAP untuk memperbodohkan ahli dan pimpinan PAS seperti mereka lakukan semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang nampaknya tidak kesampaian.

PAS dengan rasmi menolak jemputan untuk menyertai perhimpunan haram BERSIH 5 dan menurut Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini kerana tidak lagi mahu menjadi 'mangsa' kepada pihak tertentu yang mempergunakan ahli mereka dalam mendapat sokongan.

Menurut ADUN Jengka Pahang itu, PAS hanya akan bersama dengan mereka mengikut matlamat PAS.

“Ada masanya, PAS hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama yang dipersetujui PAS, akan tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan terhadap apa yang ada pada parti demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tuan Ibrahim berkata sejarah menunjukkan gerakan Islam selalunya membantu tuntutan kemerdekaan dan keadilan tetapi akhirnya “hasilnya dinikmati oleh pihak lain”.

“Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan sekular untuk mencapai hasrat mereka dan bila mana mereka berjaya Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa,” katanya tanpa menyatakan siapa yang dimaksudkan olehnya.

Keputusan PAS tidak menyertain perhimpunan Bersih kali ini merupakan kali kedua parti Islam itu menjauhkan diri daripada perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu.

Pada Ogos tahun lalu, ia enggan mengerah ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 4 yang berjalan 2 hari di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata walaupun parti itu menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, perhimpunan November 19 itu ada matlamat lain yang menurutnya tidak selari dengan pendekatan PAS.

“Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa PAS,” katanya.

Tuan Ibrahim dalam kenyataannya turut membayangkan keputusan PAS tidak menyertai Bersih 5 ada kaitan dengan pendirian beberapa parti menyokong perhimpunan itu yang tidak setuju dengan teras perjuangannya seperti melaksanakan hukum hudud.

“PAS diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain, namun apabila tiba soal perjuangan Islam yang dipelopori PAS, ada di kalangan mereka bukan sekadar bersetuju untuk tidak setuju, malah menjadi penentang dan menggerakkan penentangan kepada apa yang PAS perjuangkan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana