Tak ada modal lawan Bajet 2017…ini saja drama lakonan MP pembangkang di Dewan Rakyat

Drama ini memang sudah dijangka.Buat bising,angkat sepanduk dan kemudiannya keluar ramai-ramai dari Dewan Rakyat.

Ramai yang memerhati pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang Jumaat baik di Parlimen maupun menerusi siaran langsung geleng kepala melihat gelagat kebudak-budakan para Ahli Parlimen pembangkang.

Mungkin itu aksi yang mampu mereka buat kerana sudah tidak ada modal lain nak main wayang ganggu pembentangan Bajet 2017 dimana macam-macam berita gembira untuk rakyat termasuk kenaikan kadar BR1M diumumkan.

Kejadian gamat seketika dalam Dewan Rakyat itu bermula sekitar jam 5.58 petang apabila Najib dalam ucapannya mempersoalkan dakwaan kononnya kerajaan sudah tidak ada duit dan bajet ini tidak bermakna.

“Saya ingin bertanya siapa yang main drama ,siapa yang tidak ada substance, siapa yang bawa masalah kepada negara,”katanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada dakwaan dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum itu pada awal ucapannya,Najib memuji semangat kenegaraan bekas veteran UMNO Allhayarham Tan Sri Aziz Tapa dan bekas Musyridul Am PAS,Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Katanya Dr Haron pernah berpesan padanya kalau nak sayang dan benci seseorang kena berpada-pada.

Najib kemudian tanpa sebut nama sesiapa tetapi juga dipercayai merujuk kepada Dr Mahathir kata " itulah yang terjadi ,mungkin kerana itu ada seseorang yang cari hingga ke mahkamah seseorang yang dia pernah benci."

Beliau juga mengecam perbuatan orang dalam negeri dan luar negeri yang sabotaj ekonomi negara dengan menabur cerita buruk.

Perdana Menteri mengingatkan kemasukan pelabur bergantung kepada persepsi.

Selepas memekak dan angkat sepanduk ‘Siapa MO1?’  para ahli Parlimen pembangkang kemudian keluar beramai-ramai dari pembentangan bajet itu.

Ini setelah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berulangkali meminta mereka duduk diam dan hormati sesi pembentangan bajet oleh Perdana Menteri.

Namun aksi keluar dewan mereka tidak disertai oleh kalangan Ahli Parlimen PAS kecuali Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai mereka keluar namun Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal kekal dalam dewan.

Perdana Menteri dalam reaksi ringkas sebelum meneruskan ucapan bajet kata, “ saya percaya rakyat seluruh negara bila menilai perangai mereka.”

Sekalipun berdepan dengan segala macam gelagat pembangkang dan penentangnya,Najib menegaskan komitmen kerajaan BN untuk terus memacu kejayaan untuk negara.

Ketika mengakhiri ucapannya,Perdana Menteri antara lain menyuarakan keyakinan beliau BN akan menang besar lanjutan dari kejayaan pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya kecil kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana