Tak ada hal... PAS sedia bersendirian hadapi PRU14

PAS akan cuba menyesuaikan diri sama ada bersendirian atau menerima kerjasama mana-mana parti untuk menghadapi suasana Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, berkata PAS banyak pengalaman dalam menghadapi PRU, termasuk secara bersendirian dan melalui kerjasama dengan parti pembangkang lain.

Bagaimanapun katanya, sebarang kerjasama yang hendak dibentuk dengan parti lain hanya akan ditentukan oleh jawatankuasa tertinggi parti di peringkat pusat.

"Kita pernah (bertanding dalam pilihan raya) secara bersendirian dan secara tahaluf siyasi (kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat).

"Jadi, kita cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri kita (bersendirian atau bekerjasama dengan parti lain) dengan suasana pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan 26 tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam peringkat negeri Kelantan, di Kota Darulnaim.

Beliau diminta mengulas sama ada PAS bersedia bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tanpa kerjasama dengan mana-mana parti.

Ditanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu bekerjasama dengan PAS, Ahmad yang juga Menteri Besar, berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan.

"Kita ada dasar parti dan perlu mendapat keputusan jawatankuasa tertinggi PAS Pusat, tidak boleh menerima kerjasama begitu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, katanya PAS Kelantan yang sudah mentadbir negeri ini selama 26 tahun sejak 1990 menerusi slogan 'Membangun Bersama Islam' dan menempuh pelbagai cabaran, ia disifatkan suatu kejayaan besar kerana masih mendapat kepercayaan rakyat menerajui kerajaan negeri.

"Kita berada di atas dasar yang benar (Membangun Bersama Islam) dan kita yakin tidak tertekan dengan suasana dan akan terus beristiqamah kerana kita tahu sejak dulu lagi PAS berhadapan pelbagai tekanan dan cabaran tetapi terus ke depan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana