Syabas PM KIta!!!!! Najib harap Dr Fauziah teruskan perjuangan bela nasib warga Palestin

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan agar meneruskan perjuangan membela nasib warga Palestin.

Perkara itu disampaikan ketika beliau menerima kunjungan hormat Dr Fauziah di pejabatnya di Menara Parlimen hari ini.

Turut hadir pada kunjungan itu Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pertubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Dr Fauziah kemudiannya memberitahu pemberita bahawa dalam pertemuan itu, perdana menteri turut menyatakan sokongan terhadap usaha membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.

"Perdana menteri pernah sampai ke Gaza dan isu Palestin sememangnya dekat di hati beliau," katanya.

Dr Fauziah turut melahirkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana memberikan sokongan terhadapnya dan keluarga beliau ketika beliau ditawan tentera Zionis.

Beliau ditahan tentera Israel bersama 10 anggota misi WBG yang lain semasa menaiki kapal Zaytouna-Oliva menuju Gaza pada 5 Okt lepas.

Kapal misi kemanusiaan anjuran Freedom Flotilla Coalition itu kemudiannya ditunda ke Pelabuhan Ashdod.

Sementara itu Dr Fauziah berkata Freedom Flotilla Coalition mahu Malaysia mengambil peranan menjalankan misi bantuan ke Gaza pada masa depan.

"Mereka mengetahui bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia memberi sokongan yang amat kuat kepada misi bantuan kepada rakyat Palestin dan mahu kita menganjurkan misi kemanusiaan yang akan datang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana