Syabas !!!!!! Hadi beri amaran 'jangan bawa Arab Spring' ke negara ini

SHAH ALAM: Dalam nada yang paling tegas buat masa ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pembangkang agar jangan membawa budaya 'spring' ke negara ini.

Hadi berkata, besar natijahnya jika pembangkang terus cuba membakar sentimen rakyat untuk membenci kerajaan.

Pembangkang juga perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas, kata Hadi.

“Buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa sehingga meragut mangsanya tanpa batas. Banyak darah yang telah mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian serta menunggu giliran (untuk dibunuh).

“Di Malaysia tiada musim bernama ‘spring’, yang ada hanya musim hujan dan kemarau. Maka jangan ciptakan musim yang tidak ada di sini. Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat. Adapun tanpa Islam menjadi laknat,” katanya dalam satu kenyataan, sehari selepas Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan mengumumkan pendirian PAS tidak akan sertai himpunan Bersih 5, November depan.

 Sejak Bersih 4.0, PAS konsisten menolak demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik.

Dalam pada itu, Hadi mengimbau sejarah ‘Arab Spring’ dengan insiden pertama berlaku semasa Revolusi Arab 1916 akibat tindakan Raja Wilayah Hijaz, Syarif Husain mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah sehingga menyebabkan dunia Arab berkecai.

Katanya, roda sejarah hitam itu kembali berputar pada 2010 apabila warga Tunisia, Mohamed Bouazizi, bertindak membakar diri sehingga mencetus gelombang revolusi di bumi Arab dan kini Syria menjadi bukti hidup betapa ‘spring’ merupakan buah beracun.

“Muhasabah bijak, ikhlas dan adil perlu difikirkan. Contoh paling panas ialah Syria yang menjadi medan perlumbaan paling sengit dalam kalangan kuasa besar perlu difahami. Adakah Barat yang mahu menjatuhkan Bashar al-Assad ikhlas,” soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana