Syabas Dan Terbaik!!!! 21 peguam sedia bela hak penyokong Merah

Penyokong kumpulan Baju Merah kini akan dibela oleh 21 peguam yang sudah menyatakan kesediaan untuk tampil secara sukarela bagi menjaga hak peserta dan penyokong pergerakan tersebut.

Wakilnya, Mohd Imran Tamrin berkata khidmat semua peguam tersebut disediakan secara percuma tanpa meminta bayaran daripada peserta Merah sepanjang membuat bantahan mereka terhadap penganjur himpunan jalanan Bersih 5.

“21 peguam ini yang akan memastikan segala perjalanan kumpulan Merah yang buat bantahan kepada kumpulan haram Bersih berjalan lancar bersama dengan juga peserta-peserta penyokong Merah mengenai hak-hak mereka dari segi perundangan akan terjamin dan terpelihara,” kata Imran.

Imran ditemui semasa sidang media semasa melancarkan Skuad Barisan Peguam Gerakan Baju Merah Volt 2 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Skuad yang bakal dibarisi seramai 21 orang peguam dari pelbagai firma guaman itu akan bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada peserta himpunan Merah.

Kumpulan Merah ketika ini sedang dalam berkonvoi mengikuti kumpulan Bersih diseluruh negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan untuk menganjurkan himpunan haram di ibu kota pada November depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana