Susah Dengan Akal Pembangkang Ni!!!!! Rasuah: Dengan Pembangkang, Tangkap Salah Tak Tangkap Pun Salah

KENYATAAN dari penjara Anwar semalam, mengulas kes rasuah membabitkan 2 penjawat awam negeri Sabah baru-baru ini, membuktikan peliwat yang disabitkan dengan kesalahan itu (merangkap sekutu baru Mahathir) dan pakatan pembangkang yang diketuainya (sebelum Mahathir ambil alih), tidak serius tentang nak membasmi rasuah di negara kita.

Rasuah ni nampaknya sama macam isu-isu lain seperti reformasi pilihanraya dan sebagainya – hanya jadi bahan politik pembangkang untuk hentam kerajaan BN semata-mata.

Patutnya kejayaan SPRM ini dipuji tanpa ada kaitan politik sama sekali – kalau betullah Anwar serius nak menangani rasuah di negara kita, yang dia dok jadikan itu sebagai bukti rasuah ‘membarah dalam negara’ tu buat apa?

Tidak seperti kebiasaannya pulak tu, Anwar akan mencari jalan untuk mengaitkannya dengan UMNO tapi sebab yang nampak terkait sekarang ini bekas orang UMNO yang sekarang menjadi pemimpin pembangkang, pandai pulak Anwar ‘manuver’ dari menyentuh orang itu dalam kenyataannya.

Kalau rakyat masih tak nampak lagi penulis tak tahulah nak kata.  Kerajaan hari ini begitu serius membenteras rasuah dan kecekapan yang ditunjukkan SPRM dalam  hal ini, adalah bukti kepada kenyataan tersebut.  Berlawanan dengan pemahaman ramai, SPRM bukan sahaja tugas menyiasat dan menangkap tapi juga bekerjasama dengan pendakwaraya mempersediakan kes untuk dibicarakan di Mahkamah.

Jadi banyaklah angle yang perlu diperhalusi sebelum sesuatu tindakan boleh diambil, bukan asal tangkap buat kerja, tak tangkap buat kerja.

Anwar, sebagai seorang yang pernah disabitkan dengan kesalahan dibawah Akta Pencegahan Rasuah dulu, patut sedarlah tentang perkara ini,  Kalau kerajaan tidak serius nak membenteras rasuah dalam negara. kes macam ini dah sapu bawah karpet dah macam biasa didakwa berlaku semasa Mahathir jadi Perdana Menteri dulu.

Begitupun, dinasihatkan kalau dah peka sangat dengan perkembangan dalam negara sekalipun sedang menjalani hukuman penjara, kenapa tidak Anwar melihat pelbagai aktiviti rasuah yang berlaku dalam Pakatan tu sendiri.

Antaranya membabitkan Guan Eng dan sebagainya – itu tengok dulu, baru boleh komen orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana