Speaker Dewan Rakyat dah tahu awal rancangan MP pembangkang…

"Yang Berhormat fikir telinga saya ini tidak dengar apa-apa? Ada mesej yang sampai kepada saya daripada teman-teman bahawa esok ada tindakan keluar dewan."

Itu kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam sidang Dewan Rakyat Isnin mengenai gelagat Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bentang Bajet 2017, Jumaat lalu.

Katanya beliau mendengar ura-ura tindakan itu sehari sebelum pembentangan Bajet 2017.

Gara-gara gelagat kebudak-budakan itu,ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang mendakwa konon mereka bertindak demikian kerana marah dengan kritikan Perdana Menteri terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan beliau.

Ahli Parlimen PAS dan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal tidak menyertai tindakan keluar dewan itu.

Pandikan berkata demikian ketika menjelaskan kepada Anggota Parlimen berhubung larangan perbincangan mengenai tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana bersifat subjudis selepas sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat Isnin.

Tindakan keluar dewan berlaku selepas Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) membangkitkan sama ada isu DoJ boleh dibincangkan pada sesi perbahasan.

Pandikar berkata beliau sudah membuat keputusan mengenai perkara itu mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa ia tidak boleh dibincangkan kerana subjudis.

"Jangan main dengan saya kerana apabila saya ambil tindakan saya serius dengan tindakan saya...apabila saya duduk di sini, yakinlah Yang Berhormat, saya akan lakukan yang terbaik untuk semua orang, tetapi jangan sampai saya diheret dalam strategi politik," katanya.

Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu dicemari tindakan Anggota Parlimen pembangkang yang mempamerkan plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana