Sokong 100%....Syarikat Sokong, Taja Bersih Dikenal Pasti - Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengenal pasti beberapa syarikat yang menaja dan menyokong perhimpunan Bersih, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagaimanapun enggan mendedahkan syarikat berkenaan tetapi memberitahu pihaknya akan memastikan tiada kontrak kerajaan yang akan diberikan kepada mereka yang terlibat.

"Saya tahu siapa mereka, tak perlu (dedahkan). Tidak banyak tetapi cukup untuk melayan perkara 'mengarut' ini (Bersih).

"Saya mengawal EPU (Unit Perancangan Ekonomi) dan Ukas (Unit Kerjasama Awam Swasta), jadi saya akan pastikan mereka tidak akan mendapat kontrak kerajaan," katanya kepada pemberita pada Hari Temuduga Terbuka bagi Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bersama UEM Group di Menara UEM di sini, Isnin.

Pada Ahad, Abdul Rahman menerusi kenyataan di akaun Twitter berkata, mana-mana syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja dan menyokong perhimpunan Bersih untuk menggulingkan kerajaan akan disenarai hitam.

Pada Ahad, Abdul Rahman menerusi kenyataan di akaun Twitter berkata, mana-mana syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja dan menyokong perhimpunan Bersih untuk menggulingkan kerajaan akan disenarai hitam.

Ditanya bagaimana untuk mengesan syarikat berkenaan, Abdul Rahman berkata, pihaknya mempunyai 'cara tersendiri' untuk melakukannya.

Mengenai perhimpunan Bersih 5.0 yang dijadualkan diadakan pada 19 November ini, beliau berkata, negara kini berdepan keadaan ekonomi yang amat mencabar dan kesannya dirasai rakyat.

"Jika Bersih berhimpun secara haram, ia akan memudaratkan keyakinan pelabur untuk masuk ke Malaysia.

"Ia boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara dan ini akan membabitkan masa depan rakyat," katanya.

Abdul Rahman berkata demikian bagi merujuk kepada artikel Awang Selamat yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia mendakwa terdapat syarikat dan usahawan yang menerima kontrak kerajaan menyokong perhimpunan Bersih.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment