Sikap Azmin serupa lagu 'bangau oh bangau'...

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyifatkan sikap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang suka menuding jari kepada pihak lain berhubung krisis air di negeri itu tidak ubah seperti lagu kanak-kanak 'bangau oh bangau'

Menurut Noh, sikap pembangkang yang suka memanjangkan sesuatu cerita dan mencari salah orang lain sudah sebati dan menjadi budaya dalam kehidupan mereka.

"Mereka (kerajaan negeri Selangor) sama seperti lagu bangau oh bangau...kamu (pemberita) tahu lagu bangau oh bangau? Lagu yang makin lama makin panjang..salah menyalahkan pihak lain...itulah yang dilakukan kerajaan negeri.

"Sebelum ini, mereka menuduh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah terlibat mensabotaj dalam krisis air Selangor, dan kini mereka tuduh UMNO  dan Barisan Nasional (BN) pula dalam krisis air tersebut," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Noh turut mencabar Mohamed Azmin untuk mengemukan bukti jika benar masalah pencemaran air di Selangor berpunca daripada perbuatan sabotaj seperti didakwa.

"Saya cabar dia (Azmin) buat laporan polis atau kepada pihak berkuasa terhadap apa yang didakwa. Kalau ada bukti, apa tunggu lagi? Buatlah laporan," katanya.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, kerajaan negeri mempunyai bukti kukuh mengenai pencemaran air yang berlaku di Sungai Semenyih.

Menurutnya, laporan awal dan bukti yang diterima menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Tambah Noh, tidak perlu menggunakan jalan kotor bagi menambat hati rakyat untuk memenangi pilihanraya umum (PRU) akan datang.

"Kalau nak menang PRU sekalipun, tidak perlu menggunakan kaedah kotor dan menyusahkan rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana