Siasat Lah.....Batalkan Kontrak Syarikat Terlibat Himpunan Bersih

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan mahu kerajaan mengambil langkah membatalkan kontrak syarikat yang didakwa terlibat dengan penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melalui badan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0.

Laporan berita portal-portal media mendakwa beliau mengakui mempunyai banyak bukti berkaitan perkara berkenaan.

Mohd Razlan berkata syarikat berkenaan dikatakan mendapat untung yang banyak hasil kestabilan negara dan kini sudah sampai tahap mahu menjatuhkan kerajaan sah yang diundi oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

“Pada mana-mana pihak syarikat yang bergantung dengan kerajaan yang melibatkan diri dengan BERSIH patut diberhentikan kontrak mereka serta merta.

“Sekiranya mereka bersedia untuk turun berdemo, maka mereka juga patut bersedia sekiranya kontrak syarikat mereka ditamatkan,” katanya pada kenyataan media.

Mohd Razlan berkata, pihaknya akan mengumpul maklumat dan data mereka yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 5 yang dirancang untuk diadakan pada 19 November depan.

Beliau juga memberi amaran kepada peserta BERSIH supaya bersedia ‘menerima kesan’ daripada tindakan mereka.

“Kerajaan persekutuan tidak perlu lagi berlembut dengan mereka yang terang-terangan mahu menjatuhkan kerajaan hari ini,” katanya.
Malaysiakini pada 27 September lalu melaporkan Pemuda Umno mahu membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan dan proksi sebuah gergasi korporat yang didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.

Exconya Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu dikatakan menjadi penaja untuk “gerakan” itu.

Bagaimanapun Armand membatalkan laporan polis sehari selepas itu kerana semakan yang dibuat mendapati maklumat itu tidak sahih.

Daripada sejarah penganjuran Bersih juga, banyak syarikat dipercayai terlibat dalam mengambil kontrak mencetak baju T, poster dan juga sepanduk yang dibawa sepanjang perhimpunan berkenaan sejak edisi yang pertama beberapa tahun lepas.

Bersih 2.0 merupakan pihak yang menganjurkan semua edisi perhimpunan Bersih yang berstatus haram kerana penganjur sentiasa enggan mematuhi peraturan dan nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa terutamanya polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana